That girl

Thursday, February 20, 2014 12:01 AM ♥


As salam and hye ! Okey tetiba aku punya mood nak menaip so aku mulakan dengan bismillah...mohon entry kali ni janganlah sesiapa yang kecik hati dengan apa yang aku luahkan. Aku nak cakap pasal someone. Bukan nak kutuk dia ke apa. Aku just bangga dengan dia dan aku suka perempuan macam dia.

Aku tak kenal dia pun sebelum ni just selalu terserempak dan senyum2 bila bersemuka. Dulu aku tak tau apa punca ramai tak suka dia tapi aku tengok dia okey je cuma nampak cam tomboy sikit but its okey she look so cute.  Ni bukan perli eh. Memang dia ramai kawan lelaki dan aku tau dengan siapa yang dia selalu dekat. Kadang2 orang salah anggap kata dia gedik la ape sebab dia tak bergaul sangat dgn budak perempuan. Dia banyak buat hal dia je. Dia kawan dengan bdk2 laki . Well, aku tak kenal dia sebab aku tak rapat dengan dia tapi dia peramah. Aku rasa dia tak gedik cuma memang itu cara dia, macam agak tomboy tapi girl-ish. haha...She cute . Serious talk.

Pernah member2 cucuk aku kata dia menggedik ngn pakwe orang. Haha...aku tak percaya pun sebab kita sendiri tak kenal dia, memandai je buat fitnah. Sebab apa aku tak percaya sebab aku dapat rasa apa yang dia rasa. Sebab aku pernah jadi macam dia dulu. Takde kawan perempuan yang rapat ngn aku. Yang ada kawan2 lelaki. Bila kita masuk dalam group perempuan yang kita tak rapat rasa janggal dan pelik.

Well, aku taknak la mention siapa . Biarlah rahsia tersimpan dalam blog ni.
 Sesiapa saja yang baca yang rasa diri dia mesti akan terasa. Well , good night ! 

♥ 0 lovely notes

Personaliti kami melalui jenis darah :)

Saturday, February 8, 2014 6:09 PM ♥


My name Nur Atirah and my blood type is AB . I have a cute personality <3  Haha perasan comel. Tapi bukan aku kata aku comel tapi orang yang berdarah AB memang personaliti dia lucu. Contohnya, my mum.
Mama pun berdarah AB dan kadang2 cara dia bercakap, bergurau senda ke, bergelak tawa lucu dan comel tanpa dia perasan . Aku dan adik2 selalunya akan gelak je.



DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap
menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.

Kekasihku namanya Nor Hadhari. Memang seorang yang penyabar dan kuat tak mudah mengalah. Mungkin ada lagi benda yang aku tak tahu pasal dia sebab we are not married yet.  Tapi bila aku dengan dia, aku rasa tenang dan senang . Buat kerja sesama pun takde masalah kiranya senang bekerjasama. Kadang2 dia lucu jugak dan sentiasa buat aku tersenyum dan tergelak :D


DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri.
Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.
Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri.
Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.









♥ 0 lovely notes

1 Feb dengan sayang

Sunday, February 2, 2014 1:54 AM ♥


I'm happy because my tummy happy ! 
Hi . ini si comel saya nama dia Kang Gary. Berusia 2 bulan. Kuat menyusu dia ni !! 
Cepat betul membesar, haritu tengok kecik tapak tangan je, jalan pun terkedek-kedek, nangis je memanjang. Sekarang Gary dah meningkat nak ke alam remaja dan tak lama lagi jadi ibu :)



Sabtu. 1 Feb. 1 tgh hari.
Keluar dengan si comel sorang lagi ni. ( jgn nk perasan comel eh )
Cadangnya nak ke Teluk Batik, aku dah packing baju untuk nak terjun laut..haha tetiba tak jadi sebabnya, kami ke Jusco Kinta nak pegi makan kat Seoul Garden dengan member2 dia sekali. Plan nye lepas makan terus gerak ke pantai. Tapi hampir sejam dua lebih menunggu member2 dia mai lambat jadi terpaksa batal sajalah niat ke Teluk Batik dan habiskan masa kaut makanan kat Seoul Garden neh..

omnomnomnomnomnom!!!
Price adult for 1 person Dinner time RM38.99 (tak silap ah)

Dinner set start from 4pm 
Aghhh!!! Tadi sorang kena RM45 ( termasuk air) 
Kesemua tadi 7 orang. 

You know what !!! Selama sejam dua lebih tuhhh kami dua dok perhatikan orang lalu lalang ja naik turun tangga. Kami dok betul2 depan tangga arah nak ke Arena medan selera. Terasa macam tontonan umum. Tapi takpaa kami takda menggedik tak duduk rapat pun takda gaya menggoda pun dari aku. Hahah...Gila la macam semut hari ni ! Ramai sangatnya manusiaaa pening kepala kami. Pastu disebabkan kami dua boring menunggu budak2 lain tak datang lagi, kami judge setiap orang yang lalu lalang tu. Kahkahkah...macam kami ni perfect sangat je -.- Macam2 style yang kami tengok. Ade budak yang baru nak up ( bak kata Edy ) , ada budak bajet2 hot , ada manusia terseksa tak cukup kain nak cover body, ada yang jalan sensorang dari jauh nampak kasut dia ja sebab warna floresent orange. Kahkhakah!! Kelakarlah.... pastu ada yg pakai cantik2 Edy puji dan suruh aku pakai macam tu jugak . Hikk ! 


Lepas makan, kami semua pegi main arcade game. 
.
.
.
Oh yaa lama aku tak buat review. Tadaaaaaaaa! This facial wash will be my favourite item !!
Weyh...serious best gila pakai pencuci muka ni. Yang aku pakai ni lemon. Sebab apa best ? Bila bangun pagi aku cuci muka guna ni terus muka aku jadi lembut selembutnya macam...macam tak rasa pipi lembut sangat hahaha! 
Dan kadang2 aku keluar dah jarang pakai makeup. Kadang2 tak touch up apa pun. 
Macam tadi aku keluar dari pukul 1, keluar pakailah makeup ngn pakai blusher sikit 
( nak suh edy puji la sikit tapi dia tak puji langsung . lol ) Lepas solat zohor aku tak pakai bedak ke apa sebabnya bedak tertinggal. Huaa aku rasa tak confident takut muka berminyak nanti. Lepas je solat lepak balik ngn edy. Lamaaaaaaaaaaaaa kemudian aku baru tanya dia, 
" nampak pucat tak muka tak pakai bedak ?" 
Dia kata "Tak" 
Hoyeyh!!!!!!!  Hahaha padahal dia kata tu je pun . Wat trok ! 

Alhamdulillah....sebelum ni aku guna clean & clear apple beads muka memang lembut tapi kadang2 jadi kering sebabkan beads tuh. Blackhead kurang. Now, aku dah stop guna tu dan try guna ni...alhamdulillah makin elok mukaku ini~ jerawat pun dah tak naik2 pon. Hormon dah normal agaknya..maklumlah dah berumo 20 tahun. *ngeh ngeh*








♥ 0 lovely notes

Luahan darinya

Thursday, January 30, 2014 1:34 PM ♥


26 Jan 14
Hari yg gembira berbaur sedih.
Aku tak tahu nak cakap macam mana.
Bila tengok air mata dia bertakung..hati aku sayu. Aku sedih.  Aku tahu apa yang dia rasa. 

Tak mudah dia nak terima hakikat apa yang dah jadi sekarang. Aku harap dia tabah.
Bila dia cakap pasal hubungan kami... dia suruh aku lupakan dia, dia suruh aku cari orang lain, dia suruh aku pelan2 utk tak contact dia...aku tanpa suara tiba2 air mata aku je mengalir. Aku dah sedaya upaya bertahan. Tahan sebak depan dia dan cuba ukirkan senyuman. Aku lemah...
 
Aku faham maksud dia. Bukan sebab dia dah tak sayang aku. Bukan sebab dia ada org lain. Bukan sebab dia dah takda perasaan kat aku. Tapi masalah yang dia fikir masa future dia anjak waktu ini...benda yang tak pasti. Dia takut apa yg dia fikir masa akan datang tak akan sama dengan realiti hidup. Kerana itu dia nak lepaskan aku. Dia taknak aku susah.....arghhhh terharu gila kot...

Aku boleh je tinggalkan dia . Tapi hati ni berpaut, ingat senang nak lupakan org yg kita sayang lebih2 lagi orang tu baik ngn kita..kenangan kita pun dh selonggok bertimbun. 
Mulut je kata boleh tapi hakikatnya hati mati.


Aku sayang dia . Masa mula2 aku kenal dia, aku cakap dalam hati dia ni sorang je yang akan jadi teman hidup aku sampai mati. Tapi kalaulah jodoh tak ada aku redha. Aku mohon ya Allah kuatkan hati aku untuk lupakan dia andai itu takdirnya. 

♥ 0 lovely notes

Thursday, January 23, 2014 11:54 PM ♥


2014

CLASS DIM 0404 WITH MY FRIENDS AND LOVE :) 

♥ 0 lovely notes

2014

Thursday, January 2, 2014 12:59 AM ♥


New year : 2014 

Alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk teruskan hidup.
Masih diberi peluang untuk bertaubat dan memohon ampun padaMu. 
Aku masih sempurna tiada cacat cela dan masih diberi kesihatan dan kekuatan .
Apa yang aku cuba untuk kekalkan dalam catatan baru ini adalah......
untuk tidak tinggal solat walaupun satu waktu ! 


♥ 0 lovely notes

Amalkan ais untuk kecantikan

Thursday, December 26, 2013 4:25 PM ♥



Baru2 ni aku baca kelebihan ais untuk kecantikan. Sejak tu aku terus amalkan tempek ais dekat muka.
Aku ada masalah pori terbuka dan taknak tutup2 . Geram gak makin dibiarkan makin banyak bintik hitam duduk dekat pori tu. Yelahh tak bagus bila pori terbuka dan kita biarkan, nanti minyak semua pebenda masuk dalam tu tak nak keluar pulak. Dan akan membuatkan kulit kita tak nampak halus mulus -.-

Ni aku share serba sedikit petua kecantikan dengan ais.
Mengekalkan Make-up :
Jika anda mempunyai temujanji dan tidak mempunyai banyak masa untuk mengenakan solekan, ais boleh menjadikan kulit anda kelihatan berseri walaupun tanpa sebarang solekan tebal... Caranya adalah dengan menambil satu kiub ais, kemudian balutkannya dengan kain lembut atau tisu dan sapukan ke muka anda... Kemudian sapukan bedak padat ke muka anda... Hasilnya bedak tersebut akan bertahan lebih lama di wajah anda.

Meratakan warna kulit :
Sifat ais yang sejuk mampu memberikan ketenangan dan kesejukan apabila digunakan pada kulit... Disebabkan itu, ia mampu untuk mengurangkan ketidaksamaan warna kulit sama ada kulit wajah mahupun anggota badan... Hanya sapukan ketulan ais ke kawasan yang terjejas selama beberapa minit dan hasilnya menakjubkan... Ia merupakan kaedah yang sangat efektif untuk dilakukan tatkala sedang bersantai di rumah... ( elok sangatlah sape yg takde keje nak buat)


Merehatkan mata :
Berasa letih selepas seharian di tempat kerja atau setelah merenung skrin komputer untuk tempoh yang lama? Cubalah silap mata ini demi kecantikan mata anda... Ambil beberapa ketul ais dan balutkan ke dalam kain yang lembut, kemudian sapukan ke sekeliling mata anda... Ini bukan sahaja akan melegakan tekanan yang anda alami tetapi ia turut akan menghapuskan bengkak pada mata anda... Anda akan berasa lebih santai dan segar selepas itu...

Merawat jerawat :
Dengan menyapukan ais pada wajah anda bukan sahaja akan melembutkan kulit wajah anda malah ia turut mengecilkan liang2 pori pada wajah anda dan menghalang bakteria daripada memasuki liang2 kulit wajah anda... Caranya adalah dengan pegang ais dengan kain yang bersih dan sapukan ais tersebut pada kulit muka anda selama 10 minit setiap hari... Ia mampu mengecilkan liang2 pori dan mengurangkan keradangan pada kulit wajah...



Haaa tu diaaa.. serba sikit pasal ais untuk kecantikan. Rajin2 lah amalkan..
InsyAllah pori pon mengecil dan kulit muka pun jadi gebu.


Selalunya aku nak buang blackhead, aku guna mask peel off.  Then, cuci muka bersih2 pakai pencuci muka lepastu aku sapu ais dalam 2-3 minit . Then pakai toner. I recommend toner Clinelle sebab toner tu takde alcohol dan selamat untuk kulit muka yang sensitif macam aku. Tak mengupas macam toner lain. Lepas tu aku pakai moisturizer dari Hada labo. 


Dan aku akan dapat hasilnya ! Kulit muka tak terlalu berminyak. Jerawat susah nak tumbuh ! 
Makeup sekata dan fuuuu~ pipi sejuk. Hahahaha..

* muka nak disumbat kaki *

♥ 0 lovely notes

♡