Amalkan ais untuk kecantikan

Thursday, December 26, 2013 4:25 PM



Baru2 ni aku baca kelebihan ais untuk kecantikan. Sejak tu aku terus amalkan tempek ais dekat muka.
Aku ada masalah pori terbuka dan taknak tutup2 . Geram gak makin dibiarkan makin banyak bintik hitam duduk dekat pori tu. Yelahh tak bagus bila pori terbuka dan kita biarkan, nanti minyak semua pebenda masuk dalam tu tak nak keluar pulak. Dan akan membuatkan kulit kita tak nampak halus mulus -.-

Ni aku share serba sedikit petua kecantikan dengan ais.
Mengekalkan Make-up :
Jika anda mempunyai temujanji dan tidak mempunyai banyak masa untuk mengenakan solekan, ais boleh menjadikan kulit anda kelihatan berseri walaupun tanpa sebarang solekan tebal... Caranya adalah dengan menambil satu kiub ais, kemudian balutkannya dengan kain lembut atau tisu dan sapukan ke muka anda... Kemudian sapukan bedak padat ke muka anda... Hasilnya bedak tersebut akan bertahan lebih lama di wajah anda.

Meratakan warna kulit :
Sifat ais yang sejuk mampu memberikan ketenangan dan kesejukan apabila digunakan pada kulit... Disebabkan itu, ia mampu untuk mengurangkan ketidaksamaan warna kulit sama ada kulit wajah mahupun anggota badan... Hanya sapukan ketulan ais ke kawasan yang terjejas selama beberapa minit dan hasilnya menakjubkan... Ia merupakan kaedah yang sangat efektif untuk dilakukan tatkala sedang bersantai di rumah... ( elok sangatlah sape yg takde keje nak buat)


Merehatkan mata :
Berasa letih selepas seharian di tempat kerja atau setelah merenung skrin komputer untuk tempoh yang lama? Cubalah silap mata ini demi kecantikan mata anda... Ambil beberapa ketul ais dan balutkan ke dalam kain yang lembut, kemudian sapukan ke sekeliling mata anda... Ini bukan sahaja akan melegakan tekanan yang anda alami tetapi ia turut akan menghapuskan bengkak pada mata anda... Anda akan berasa lebih santai dan segar selepas itu...

Merawat jerawat :
Dengan menyapukan ais pada wajah anda bukan sahaja akan melembutkan kulit wajah anda malah ia turut mengecilkan liang2 pori pada wajah anda dan menghalang bakteria daripada memasuki liang2 kulit wajah anda... Caranya adalah dengan pegang ais dengan kain yang bersih dan sapukan ais tersebut pada kulit muka anda selama 10 minit setiap hari... Ia mampu mengecilkan liang2 pori dan mengurangkan keradangan pada kulit wajah...



Haaa tu diaaa.. serba sikit pasal ais untuk kecantikan. Rajin2 lah amalkan..
InsyAllah pori pon mengecil dan kulit muka pun jadi gebu.


Selalunya aku nak buang blackhead, aku guna mask peel off.  Then, cuci muka bersih2 pakai pencuci muka lepastu aku sapu ais dalam 2-3 minit . Then pakai toner. I recommend toner Clinelle sebab toner tu takde alcohol dan selamat untuk kulit muka yang sensitif macam aku. Tak mengupas macam toner lain. Lepas tu aku pakai moisturizer dari Hada labo. 


Dan aku akan dapat hasilnya ! Kulit muka tak terlalu berminyak. Jerawat susah nak tumbuh ! 
Makeup sekata dan fuuuu~ pipi sejuk. Hahahaha..

* muka nak disumbat kaki *

0 lovely notes