Mac Story

Monday, March 21, 2016 12:56 AM


Sejak2 jadi designer ni mata aku dah terbuka luas, ada jeee nak komen design orang lain kalau nampak tak kena. haha jangan marah saya..kadang2 design aku pun kelaut. Tapi ya! sejak bos aku tekan macam2 dekat aku, cara design aku apa semua membuatkan aku jadi lebih details pada setiap design. Kadang2 design dah cantik tapi apa yang membuatkan design tu cacat adalah alignment. Dia memang sangat tekankan alignment dalam setiap design....kalau alignment lari, design confirm tak cantik! - bos aku cakap.

Alhamdulillah semakin hari hidup aku boleh dikatakan dalam keadaan baik2 dan ceria selalu. Syukur semuanya rezeki dari Allah....tak semestinya kaya wang ringgit itu rezeki. Kebahagiaan yang kita kecapi pun rezeki. Tambah2 lagi hehehhehehe....aku dan Edy sedang merancang masa depan kearah yang lebih serius.

Edy baru je dia lepas interview polis dan dia lulus! Sekarang tunggu keputusan je lepas dia hantar medical checkup. Sambil2 tu dia still kerja dengan aku dekat Damansara ni sebagai designer. Tapi title dia akan bertukar jadi Project Manager tak lama lagi heheh....
Hmmm dia sebenarnya tengah serba salah nak teruskan kerja dekat sini atau terima polis. Yelah bila dah kerja selesa kita akan jadi sayang nak tinggalkan. Tapi aku, kak rara, nurul (officemate) sokong dia terima polis sebab masa depan akan lebih terjamin. Tak ape gaji kecil permulaan je...tapi banyak benefits lain bila kerja kerajaan ni. Tu je. Kalau aku dapat kerajaan pun aku akan pergi. Huaaa sebenarnya kan aku dah taknak jadi designer! 

Tak nak jadi designer?

Hmm ya. Takkan selamanya aku nak kerja dalam keadaan stress dan balik malam je ? Kerja tak tentu pulak tu.....sampai kena extend waktu kerja lepas 8 jam. Sekarang aku okay lagi sebab kalau aku balik lewat pun Edy ada jugak...so masa nak balik tu aku takde la takut nak turun lift pegi dekat kete sorang2. Tengah malam lapaq sampai tak boleh bawak kete pun Edy ada teman pegi makan dekat mamak...bayangkan aku sorang2 ? dah la kawasan tempat kerja aku tu banyak warga asing........hm. Ha kalau dah kawin mampukah aku bertahan macam ni? Balik malam suami kat rumah kelaparan pegi cari makan sendiri......siannya... kang tup tup tau aku ada madu hahah! eh tak mintak....bayangkan jee..
hmm taknak ah! aku rela kerja biasa2 je yang takda kena mngena dengan belajar asalkan dapat ballik pukul 5PM SETIAP HARI ! Dah la rancang kawin tahun depan...

Tahun depan? Kahwin? 



hahahhahaa....mula2 aku gelak...dalam hati cakap "what? aku? kawin tahun depan? 2017! awalnyaaa....biar betul. Mana nak kikis duit buat kenduri ???! "
Edy laa yang bagi hint sikit2 sembang pasal ni. Aku terkezut.....
Tapi bila fikir masak2 why not, right??? umur 23 tahun depan bukan baru nak masuk 18.
Bila sembang punya sembang aku dah mula serius dah....kalau tidak aku cakap sedapkan hati je sebab tak tau bila nak kawin. Baru sekarang aku dah ada target nak simpan duit kearah itu. Hehehe kalau tidak.....target aku simpan duit tu nak pergi Singapore kerja sana. AHAKS... Edy pun nampak dah serius dia tu...kalau tak nampak main2 je... sembang dulu kata nak beli kereta buat drift ... nak beli rumah dulu... hmmmmm mereput anak dara tua ah aku kalau tunggu nak beli rumah dulu. Dia tak faham agaknya. 

Aku pun memberi hint la kat mama cikit...hehe.... mama nampak okay je takda pun melenting nak marah aku ke atau bantah keputusan aku ke atau memberi pelbagai alasan.... cuma mama pesan banyak benda la sebelum jadi isteri orang. Hukkk nak nangis bila bab ni. Aku tanya mama, "ma...kaklong rasa tak bersedia lagi tapi hm" 
mama tanya, tak bersedia dari segi apa? masak ? kena rajin2 la hari minggu belajar jangan dok tidur sampai ketengah hari. Pastu beli la buku ilmu rumahtangga baca. Pastu solat jaga. Edy jaga solat tak? Jangan kawin dengan lelaki yang tak solat nanti tak bahagia. - Mama memesan. 

Aku akan betulkan niat dulu. Tanya diri sendiri kau nak kawin sebab apa? cinta dia sangat2 ke ? sebab nafsu ? takut kena tinggal ? Kalau itulah niatnya aku takkan rasa selamanya kekal bahagia kalau tak letak tujuan utama kerana Allah.

Insha Allah kalau ada jodoh kawin lah aku ngn dia, kalau tak ada hmmm susah nak terima tapi perancangan Allah tu lebih baik.


dah tua T_T

0 lovely notes