Happy Fasting !

Sunday, July 22, 2012 3:01 PM ♥



Bulan Ramadhan tiba lagi .. dengan ini ,

SELAMAT BERPUASA KAWAN-KAWAN :)

- 20 July 2012 -

woots ! tak sabar nak raye wii~

♥ 0 lovely notes

KTM IPOH - KLCENTRAL

Friday, July 20, 2012 10:26 PM ♥


Hi everybody :) I'm back !
Hehe .. Hari ni 20 July 2012 ; Jumaat ; aku balik rumah dengan menaiki train KTM ! wohoo ~ alhamdullilah akhirnya sampai ke destinasi iaitu KLCentral.

Aku bertolak dari asrama ke KTM pukul 2.30 ptg dgn menaiki teksi .
Fuhh nasib baik 4 orang dlm satu teksi , dah lah rm12 .

First time woo naik train dari Ipoh, Perak ke KL .
Teruja sangat aku ! Huhu
* Ada 2 orang budak classmate aku tak sempat naik train , RM30 = BuRn !
Aduhh rugi je dan rasa kesian la pulak , tapi nak buat macam mana , lambat tinggal sajalah.
Tak lama kemudian , pelayan datang jaja makanan . Tepat pada waktunya aku memang kelaparan waktu . Yeahh .. beli bihun ! Mahal pon mahal la sebab aku tak tahan lapar uh !

Actually , -_-'' tak sesedap yang aku bau . Tapi takpe makan sajelah~

nyang nyang~!! aku kenyang !
oh ya lupa aku punya seat 5C hehe sepatutnya duduk kat lorong tapi mase aku masuk2 tu takde orang so aku duduk kat tepi tingkap . Hehe tak lama tu station seterusnya Tanjung Malim .
Ada gadis cina duduk sebelah aku :)
-------------
Sampai di KLCentral , Abah dah menunggu :)
Yey ! Jumpa Abah ! Balik naik motor ~
.
.
.

Sayang kau jangan persoalkan siapa dihatiku
terukir dibintang tak mungkin hilang cintaku padamu :)

♥ 0 lovely notes

GUYS

Sunday, July 8, 2012 8:25 AM ♥



6-07-2012 - Hangout time with my buddies : Arina , Hanim , Ejam , Hongki
at Sunway Pyramid

* sorry tak banyak gambar memandangkan Arina dah ade NIKON , so photo-photo banyak dalam kamera dia je lah . hihi

More photos at ARINA's fb



Malam pulak aku pergi Pizza Hut jap bukan nak pegi makan au , haha saje nak jenguk tempat kerja aku dan kawan-kawan kat sana :)

Yeyey ~ dapat makan chicken soup & soft drink pepsi ~

Takde perubahan ape2 pun -.-'' still a same staff & still a same situation !

Sebelum aku balik tu tiba2 aku nampak pameran rumah kecil2 kat depan giant . Perghhh...aku suka bebenor tengok rumah2 yg ade katil kecik ni .. haha macam dulu2 kalau nampak je pameran macam ni mesti aku koya lama2 , andaiku tinggal disini =w= haha .

♥ 0 lovely notes

bace ni awak :(

12:55 AM ♥


Betul lah kata orang kita tak boleh percaya sangat kat teman . Tak kira siapa dia pada kita , Boyfriend/Girlfriend atau kawan baik sekalipun ! Baru aku terasa bodohnya diri ini dah termakan semua janji-janji 'sementara' si dia . Tapi aku masih tetap boleh bersabar sebab aku dah biasa dengan semua ni .

Dia , boleh dikatakan separuh dari hati ni aku sayang gila kat dia . Aku tak tau dari mana datangnya punca kiteorang jadi renggang . Aku tak pernah curang pun , tak pernah miss texting dia . Kalau time dia takde kredit bila aku ade kredit lebih sikit aku share . Tak pernah berkira pun!
Dari mana silap aku ? Dia je yg jarang text aku , ye aku faham dia sangat busy dan penat dengan trainning bola tiap-tiap hari tapi kenapa dulu benda tu tak pernah jadi alasan pun ?


Kalau awak betul-betul sayang saya , sampai mati awak takkan tinggalkan saya dan awak akan berpegang pada janji yg awak dah lafaz kat saya . Tapi awak bohongkan ? heh... sia-sia je saya percaya bulat-bulat kata-kata awak . Saya bukan nak berdendam , tapi ni benda yg saya tak puas hati . Saya ingat lagi , time mula2 awak nak berkenalan ngn saya bukan main lagi awak.. selalu text , call , chat .. awak mintak couple ngn saya pun proper je . Saya sangat hargai tu . Tapi kenapa time nak breakup ngn saya awak tak serius pun ? Awak cuma bagi saya satu message sederhana je . Last sentence SELAMAT TINGGAL . Senang je kan awak buat saya macam ni .
Saya tak pernah ganggu awak pun tau . Selalu ke saya call awak banyak kali ? Tak kan ? Kenapa dlm message awak cakap camtu ?
.. Ouh okey mungkin awak ingat saya dah ada orang lain, mungkin awak ingat saya dah tak sayang awak sebab tu awak putuskan hubungan kita . Mungkin juga awak beranggapan saya dah tak text awak , bererti saya dah lupakan awak ?
Saya nak awak tahu , saya buat macam tu sebab saya sendiri nak tengok perubahan awak . Saya nak awak prihatin kat saya, saya nak awak yg dulu yg selalu ambil berat terhadap saya, yang selalu berkongsi cerita kalau awak ada cerita best pada hari itu . Tapi semua tu dah takde pada awak . Saya perasan bila saya call awak je kan mesti awak ada alasan :') Angkat sekejap then cakap sikit je tak lama tu awak kata nak tolong umi lah , nak layan sedara lah , nak makan jap lah .. :( Tu semua baru2 ni je alasan yg awak pakai . Dulu takde pun macam tu ? Klu awak nak jumpa member pun mesti awak tangguhkan sekejap semata-mata nak bercakap ngn saya dulu.
Kenapa nak mengelak ? Apa alasan awak ? Awak dah tak suka saya ye ? Kenapa ? Banyak benda tau saya fikir tapi awak tak pernah bagitahu . Kenapa eh ? takut saya terluka ke ? Jangan risaulah awak kenalkan saya macam mana ... saya open je , terima apa saja dengan terbuka .
Please la afiq aiman .




♥ 0 lovely notes

Before I'm leaving :) Hang with them .

Monday, June 25, 2012 1:07 AM ♥


Hari ni aku gembira :) dapatlah jugak mengubat hati yang agak muram ni . Hehe .
Hari ni aku hangout dengan geng pizza aku . Daus & Husaini . Actually, nak ajak Kak Ida tapi dari pukul 11pagi aku call phone off pulak . So, aku pegi ngn dorang jelah.

Plan nak hang sama2 ni dah lame dah.. cuma masa tidak mengizinkan .
Akhirnya , hari ni (ahad 24.6.12) jugak terpilih .

Yey , main bowling ~ dah lama tak main :3

Sambil main sambil snap gambar . hahaha! Thanks abang daus XDD

Jangan pandangku macam semut , yeah aku boleh strike tau

Baru first game :p Sipi2 je markah kiteorang semua tak heran lah .


Camera phone aku cam ape tah ! tangkap2 asyik gegar je gambar . siot geram aku .
Jyeah~! korang comel !
.
Lepas game ke-2 , kiteorang blah pegi Popular kejap sebab aku nak beli stationary comel untuk aku bawak pegi kolej nanti . * aku takleh hidup tanpa barangan comel *
Dorang teman aku =w= wii~ thanks .

Jang jang jang ! After that , masuk tempat ni . Perghh...ramai orang !
expecially chinese boy .
Haha , Hus & Daus main kereta .
Hus tak pro . bawak huyung hayang . terbabas sini sana . kelam kabut . wekk !
kelakar aku tengok dia . hahaha!

oyeah ~ ada je aku korang takkan terlepas dari snapping picka !
Husaini muka bengang ! LOL

=_= nampak sangat ke-bengang-an dia tu . Hahaha muke tak puas hati !!

Oh terlepas tangkap gambar masa main basketball .
Dalam banyak2 game aku suka basketball . hehe .
---------------------------------------------------------------------------------------
Okey habis .
Aku nak ucapkan bebanyak terima kasih dekat korang . Sorry tak sempat nak belanja makan . Aku ingat nak belanja makan banyak2 tapi tadi sempat beli roti2 je . Humm kesian korang , masa sangat mencemburui kita .
Takpe , maybe next time bila aku free aku akan belanja korang tau :)
byebye <3

♥ 0 lovely notes

PH BNDR KINRARA

Saturday, June 23, 2012 3:32 PM ♥


Hello there :)
Saya baru je lepas baca forum berkenaan Pizza Hut Giant Bndr kinrara tapi entry tu 2010 punye .
Tak kisah lah lama ke baru ke , saya baca complain dari customers yg tak puas hati dengan servis di Pizza Hut. Okey , saya salah seorang staff yg pernah bekerja di ph giant. Bekerja di Ph memang banyak dugaan dan macam2 perangai dan tingkah laku customers yg dtg . Yelah sebagai staff kita kena terima jelah dan banyak bersabar .

Waktu sibuk
Kadang2 je busy kat sini . Mostly hari Jumaat, Sabtu dan Ahad . Waktu busy ni tak kisah sangat kalau staff ramai . Hehe.. masalahnye sekarang , kekurangan staff . Kalau ada 3-4 je staff dan customers datang berbondong-bondong dalam satu masa memang kelam kabut lah ceritanya ,
okey cuba bayangkan meja tak kemas, customers baru datang dalam 2-3 orang , salah sorang staff nak kemas meja yg customer nak duduk tu , tiba2 customers lain mintak nak order , dalam masa tu pulak staff lain ada kerja masing-masing , diorang nak hantar makanan, air . Bukan kiteorang tak bekerjasama, kiteorang prihatin tau tak tapi tengok dengan keadaanlah kadang2 kiteorang pun tak perasan ada customers baru masuk dan terus duduk kat meja yg tak berkemas . Dan lagi sakit hati , customers tu bukan nak angkat tangan suruh kemaskan.. ni biarkan je menu pun tak dapat pun diam je .. nak kiteorang sampai dekat baru nak mintak . Tak pasal2 nak marah servis lembab ! huh...

Servis
Kadang2 customers ni nak marah je tau , kebanyakkannya cina. Sorry bukan nak racist . Tapi itulah pengalaman aku apa yg aku lihat . Macam aku dah terbiasa 4 bulan kerja situ so aku dah biasa . Macam mana kalau ada staff yang jenis cepat baran ? kang tak pasal2 jadi cam kes kat kfc tu STAFF HITS THE CUSTOMERS . lol . kelakar aku dengar tu . Bukan aku kesian kat customers tapi aku kesian kat staff tu . Time busy nak buat macam mana . Bukan malas atau sengaja melambatkan , tapi kiteorang dah sedaya upaya speedup , kerah tenaga , buat yg terbaik . Janganlah buat staffs yg bekerja ni macam hamba .

Cerita yang aku tak dapat lupa
Ada satu hari, ahad kot tak silap aku . Aku yg ambil order table ni . Orang cina .
Dia banyak complain ouh ! makanan dia lambat sampai . Dia suruh aku check makanan dia dah siap ke belum . Aku time tu ada banyak kerja lain , order baru ambil tak punch lagi, soup kat table lain tu belum serve , aku pun pergi lah check makanan dia dah siap ke belum . Em.. otw. aku pun pergilah kat table orang tu dan bagitau " tunggu sekejap yea, on the way :) " dah aku blah pergi buat kerja aku . Then tak lama tu orang yang sama tanya lagi " mana makanan kenapa lambat sangat ! " aku pun cakaplah " tunggu sekejap" dengan muka yg masih mampu tersenyum . ( DALAM HATI OHMYGOD MATI AKU MACAM NII )
Pastu tak pasal2 dia panggil manager -.- Masa tu Kak Yati . Akak lah yang dengar luahan perasan merapu orang tu . Aku bukan penakut tau , aku pergi jugak kat table tu . Dia marah gila2 ouh macam sial je dan dia tunding jari kat muka aku dekat plak!! Geram aku tapi masih boleh tersenyum :) dan minta maaf . Atlast , kak yati tak marah aku pun sebab dia pun faham dengan keadaan .

Kalau nak cerita lagi memang takkan habis sebab banyak sangat .
Takpelah aku tak nak luahkan . ^^ Ye aku ikhlas serve korang .
Last but not least , hope pizza hut giant bandar kinrara dapat lagi ramai staff baru tak kelam kabut . Kalau kurang , tengoklah tunggu masa je PH nak tutup .

♥ 0 lovely notes

Tak nak pergi Ipoh :(

Friday, June 22, 2012 12:55 AM ♥


Aku dalam kekeliruan sekarang .
Aku dalam keadaan serba salah ! Patut ke aku sambung belajar kat KPTM , Ipoh . Memang impian aku nak belajar course multimedia tapi... aku rasa sedih gila sekarang bila teringat tak lama lagi aku bakal meninggalkan rumah kediamanku , keluarga tercinta, kawan-kawan kat Puchong ni dan tempat aku bekerja, tempat membesar ... Nak nangis bila teringat semua tu . Aku dapat tau aku dapat tawaran tu hari ni . 21 june 2012 lepas tu sesi pendaftaran 25 june . Masa terlalu singkat !!! Tidakk.. hati aku kata tak nak pergi . tak nak pergi... tak nak..
aku pasti merindui semua yang ada kat sini . Aku akan rindu tempat dimana aku selalu lepak, kucing2 aku dan paling penting keluarga !!! Uhukk... aku sedih .
Last aku nak cakap ,
aku mula sayangkan kawan-kawan aku . Kawan-kawan yang ada kat Pizza .
Aku rasa doranglah kawan baik aku , sbb tika aku gembira dan sedih diorang prihatin , selalu ada bila aku perlu . Macam mana nii.... atau patut ke aku pilih kolej swasta ? KLMU ?
sebab aku nak sambung belajar dengan dia . Aku nak tarik dia sama-sama belajar kat tempat yang sama .. salah seorang drpd kawan aku pun takpe sebab aku takleh ouh kalau dah sayangkan seseorang memang aku sayang gila-gila ..
Aku nak jugak salah sorang dekat dengan aku. Sebab aku jenis bukan peramah , aku susah nak beramah mesra dengan orang apetah lagi jadi kawan . Susah ! Hanya kawan-kawan kat pizza je yang tau aku jenis macam mana sebab setiap masa kiteorang berjumpa & teamwork tu yang membuatkan kiteorang banyak komunikasi .


Peace !! gambar yang paling aku ter-suka ! ( husaini )

♥ 0 lovely notes

♡