PH BNDR KINRARA

Saturday, June 23, 2012 3:32 PM


Hello there :)
Saya baru je lepas baca forum berkenaan Pizza Hut Giant Bndr kinrara tapi entry tu 2010 punye .
Tak kisah lah lama ke baru ke , saya baca complain dari customers yg tak puas hati dengan servis di Pizza Hut. Okey , saya salah seorang staff yg pernah bekerja di ph giant. Bekerja di Ph memang banyak dugaan dan macam2 perangai dan tingkah laku customers yg dtg . Yelah sebagai staff kita kena terima jelah dan banyak bersabar .

Waktu sibuk
Kadang2 je busy kat sini . Mostly hari Jumaat, Sabtu dan Ahad . Waktu busy ni tak kisah sangat kalau staff ramai . Hehe.. masalahnye sekarang , kekurangan staff . Kalau ada 3-4 je staff dan customers datang berbondong-bondong dalam satu masa memang kelam kabut lah ceritanya ,
okey cuba bayangkan meja tak kemas, customers baru datang dalam 2-3 orang , salah sorang staff nak kemas meja yg customer nak duduk tu , tiba2 customers lain mintak nak order , dalam masa tu pulak staff lain ada kerja masing-masing , diorang nak hantar makanan, air . Bukan kiteorang tak bekerjasama, kiteorang prihatin tau tak tapi tengok dengan keadaanlah kadang2 kiteorang pun tak perasan ada customers baru masuk dan terus duduk kat meja yg tak berkemas . Dan lagi sakit hati , customers tu bukan nak angkat tangan suruh kemaskan.. ni biarkan je menu pun tak dapat pun diam je .. nak kiteorang sampai dekat baru nak mintak . Tak pasal2 nak marah servis lembab ! huh...

Servis
Kadang2 customers ni nak marah je tau , kebanyakkannya cina. Sorry bukan nak racist . Tapi itulah pengalaman aku apa yg aku lihat . Macam aku dah terbiasa 4 bulan kerja situ so aku dah biasa . Macam mana kalau ada staff yang jenis cepat baran ? kang tak pasal2 jadi cam kes kat kfc tu STAFF HITS THE CUSTOMERS . lol . kelakar aku dengar tu . Bukan aku kesian kat customers tapi aku kesian kat staff tu . Time busy nak buat macam mana . Bukan malas atau sengaja melambatkan , tapi kiteorang dah sedaya upaya speedup , kerah tenaga , buat yg terbaik . Janganlah buat staffs yg bekerja ni macam hamba .

Cerita yang aku tak dapat lupa
Ada satu hari, ahad kot tak silap aku . Aku yg ambil order table ni . Orang cina .
Dia banyak complain ouh ! makanan dia lambat sampai . Dia suruh aku check makanan dia dah siap ke belum . Aku time tu ada banyak kerja lain , order baru ambil tak punch lagi, soup kat table lain tu belum serve , aku pun pergi lah check makanan dia dah siap ke belum . Em.. otw. aku pun pergilah kat table orang tu dan bagitau " tunggu sekejap yea, on the way :) " dah aku blah pergi buat kerja aku . Then tak lama tu orang yang sama tanya lagi " mana makanan kenapa lambat sangat ! " aku pun cakaplah " tunggu sekejap" dengan muka yg masih mampu tersenyum . ( DALAM HATI OHMYGOD MATI AKU MACAM NII )
Pastu tak pasal2 dia panggil manager -.- Masa tu Kak Yati . Akak lah yang dengar luahan perasan merapu orang tu . Aku bukan penakut tau , aku pergi jugak kat table tu . Dia marah gila2 ouh macam sial je dan dia tunding jari kat muka aku dekat plak!! Geram aku tapi masih boleh tersenyum :) dan minta maaf . Atlast , kak yati tak marah aku pun sebab dia pun faham dengan keadaan .

Kalau nak cerita lagi memang takkan habis sebab banyak sangat .
Takpelah aku tak nak luahkan . ^^ Ye aku ikhlas serve korang .
Last but not least , hope pizza hut giant bandar kinrara dapat lagi ramai staff baru tak kelam kabut . Kalau kurang , tengoklah tunggu masa je PH nak tutup .

0 lovely notes