Perasaan :'|

Thursday, June 14, 2012 7:47 AM ♥


Makin hari hidup aku lebih bermakna , banyak perkara yang menarik berlaku . Kadang-kadang memori itu membuatkan aku tersenyum sendiri dan tergelak . Terima kasih buat semua kawan-kawan yang sentiasa menyokong aku , yang sentiasa sedia membantu dan menasihati aku. Aku terharu sangat , rasa macam dihargai . Aku menulis blog ni bukan suka-suka . Tiap-tiap entry mesti ada cerita walaupun kosong je bila korang baca . Haha.. Aku takut bila aku express kan perasaan nanti ada pula yang terasa .

Aku suka dia . Tak . bukan bermakna aku nak curang . Tidak .
Aku suka cara dia . Aku suka perangai dia . Tapi dia tak yakin dengan diri sendiri , dia takut tak ada sesiapa yang menyukai dia . Mustahil :) Dia comel dan aku tau dia baik walaupun luaran tah pape tah . Hee.....sorry :)
Lelaki romantik . Hmm.. ramai gadis kalau boleh nak lelaki yang romantik . betul tak ? Ada sesetengah je yang tak kisah lelaki tak romantik . Bagi aku, aku suka lelaki yang tak pandai nak beromantik sebab kalau dia tak pandai , dia akan cuba juga buat sesuatu untuk pasangan dia . Dan benda tu buat kita lebih menghargai apa usaha si dia cuba lakukan . Hihihihi...sweet kan ?
=w= teringin betul aku nak ada lelaki yang macam tu lagi . Dulu ada tapi dah jadi ex sebab aku bodoh sangat , terlalu memaksa -.- padan muka aku .

* tengah layan lagu Dealova * perghh...cair jap .




♥ 0 lovely notes

Closing time

Wednesday, June 13, 2012 12:33 AM ♥


Closing time . Macam ni lah keadaan kat Pizza bila malam .
Cantik :)
9-10 jun 2012 , aku sukarela mintak shift malam sebab ada hal tertentu .

Staff closing malam :Yumi, Daus, Kak Ida, Husaini, Golam, Harun, manager Kak Hema .
Dorang cepat-cepat buat kerja and terus balik tinggal lah 2 orang ni je Daus dan Husaini dan Kak Hema tengah siapkan kerja . Hee.... for the second time aku balik rumah bawa kereta sendiri tau . Seronok gila bawak malam-malam dah lah jalan sunyi , sejuk pulak tu~ Laju je aku bawak ><

♥ 0 lovely notes

luahan perasaan for my dear .

Sunday, June 10, 2012 1:50 AM ♥


Dua minggu aku dibelenggu tanpa arah .
Dua minggu juga aku masih dapat bertahan, masih tetap boleh bersabar .
Tapi entah macam mana, kelmarin hati aku seperti dihiris-hiris . Betapa sakitnya ia terluka, betapa pedihnya kesakitan itu . Kerana Si dia yang aku sayangi, yg terlalu aku cintai yang membuatku merana sementara .

Aku memang stalker sejati . Aku dah tak boleh lari dari tabiat tu walaupun pernah seseorang menasihati aku supaya hentikan aktiviti tersebut , katanya boleh menimbulkan salah sangka.
Yeap, kadang-kadang aku tersalah sangka juga bila stalk facebook dia . Salah aku sebab mencerobohi hak privasi individu . Tapi peduli apa aku cuma nak tahu apa yg aku tak pernah tahu . Aku tak pernah menganggu atau cuba merumitkan keadaan . Jejak pun aku tak pernah tinggalkan . Bila aku dapat tahu apa yg aku tak tau , aku nak kepastian . Kepastian dan penjelasan dari dia sendiri . Lepas tu baru aku puas :)

Aku tak tau apa masalah dia semalam sampai call dari aku pun tak nak jawab . Banyak kali aku dail nombor yg sama sampai aku naik berang tiap kali call talian tidak bersambung dibiarkan . Aku cuba text dengan harapan dia balas walaupun sepatah dari dia pun aku rela tunggu pada malam tu. Tapi henfon aku sunyi sepi.... disisi. Agak lama juga aku korbankan masa makan & tidur dari pukul 12 hingga 3 pagi semata-mata tunggu message dibalas. Kebetulan, malam euro . Aku tengok jugak tau tak sampai habis . Betapa tergurisnya bila keesokkan pagi aku terjaga dari tidurku yg tak berapa nak lena ; check henfon , no new message . Hurm.. perasaan aku ketika itu aku mampu menjerit sekuat hati je tapi tak mampu mengalirkan air mata .

Aku tau sikap aku ni terburu-buru mahukan kepastian dengan segera . Aku nak tahu adakah masih sama perasaan sayang dan cinta dia pada aku seperti dulu ? Atau mungkin dah berkurang ? hahaha ... aku tak tahu .
Aku faham dia sibuk sejak menjak ni . Aku pun tak memaksa dia untuk call atau text aku setiap hari . Aku faham dengan apa yg dia lalui . Aku tak pernah paksa apa-apa...tapi semalam dia dah buat aku jadi memaksa . aku jadi kejam . aku call banyak kali . aku nak jugak bercakap ngn dia walaupun seminit !! Dia tak kan faham macam mana perasaan ni . Dia takkan selami hati ni . Dia takkan faham walau macam mana pun . Dia tak tahu aku gembira dalam tangis . Dia tak tahu walaupun dia kata aku jantung hati dia , cinta mati dia , takkkkkk....dia takkan faham .




♥ 0 lovely notes

Wednesday, June 6, 2012 7:00 PM ♥



Lately I've been thinking about what I can do
I've been stressing to fall back in love with you
I'm so sorry that I couldn't follow through
But I can't go on this way. I've got to stop it babe
You've been wonderful in all that you can be
But it hurts when you say that you understand me
So believe me. I am sorry .

I wanted you to be there when I fall
I wanted you to see me through it all
I wanted you to be the one I loved
I wanted you, I wanted you
I wanted you to hold me in my sleep
I wanted you to show me what I need
I wanted you to know just how down deep
I wanted you !

I've been pushing hard to open up the door
Trying to take us back to where we were before
But I'm done. I just can't do this anymore
'Cuz we can't be mended, so let's stop pretending now
We've been walking around in circles for some time
And I think we should head for the finish line
So believe me. I am sorry, I am sorry .

I I'm so sorry baby
But I, I.. I gotta pack up and leave
But I'll always remember how we came close
..to being how I wanted to be
I wanted you baby
I wanted you


♥ 0 lovely notes

mood down sikit :)

Tuesday, May 22, 2012 1:06 AM ♥




Malam ni aku rasa lain sangat . Aku terlalu sensitif tak tahu lah nape . Mudah sangat nak touching , mudah sangat nak keluarkan air mata . hee... mungkin sebab hari ni satu hari aku tak dapat jumpe Afiq kot tu lah sebab aku rasa lemah semacam je . Sekarang ni pun dia tak tahu aku cover dan katakan aku okey . Padahal tak... aku tak okey.. hihihi . Tapi kalau aku cakap aku tak okey nanti dia risau macam-macam pulak dia fikir so aku tak nak susahkan dia nak fikirkan pasal aku semua . tak payah ~

Setiap detik yang kiteorang luangkan bersama amat berharga bagi aku . Makin lama aku bersama dia makin banyak memori yang terkumpul ketika bersama dia . Aku tak boleh lupa . Semua tentang dia aku pasti akan ingat . Sebab aku terlalu sayangkan dia ! Terlalu cintakan dia ..
Ya Allah...tolonglah , biarlah dia jadi jodohku sampai bila-bila . Aku dah tak mahu orang lain dah .
Fullstopo ~

♥ 0 lovely notes

Monday, May 21, 2012 1:07 PM ♥



sayang, my love for you will always growing !

Tinggal seminggu lagi aku kerja lepas tu aku akan berhenti .
Arghh...aku pasti akan merindui kawan-kawan kat pizza :(
Ramai yang tanya aku kenapa nak berhenti , nak sambung belajar ke ?
Jawapan aku : belum lagi . Aku sebenarnya tengah tunggu result rayuan upu dan IKM yang aku mohon . Tapi rasa-rasanya macam tak dapat je . So Abah tanya , nak masuk KLMU tak ? tapi tu swasta aku ish..kalau boleh aku taknak yang swasta punya , dah lah nanti kena berhutang PTPTN . Abah kata, kolej tu okeylah takdelah mahal sangat sampai berpuluh-puluh ribu .
Tapi tetap aku rasa err....

Aku sebenarnya nak kawin dah . LOL
gataii gile . haha . takdelah , aku nak dok rumah sebulan ni nak ganti puasa yang tahun lepas aku tak sempat nak habiskan . Hehe ..
Mungkin nanti lepas puasa, lepas raya aku nak cari kerja lain pulak nak cuba cari pengalaman lain. Okey, pengalaman kerja di Restoren sudah , lepas ni nak cari kerja mudah-mudah je . Cukup-cukuplah kerja membanting tulang nii... adesss.




♥ 0 lovely notes

Afiq Sayang

Sunday, May 6, 2012 11:38 PM ♥


6 haribulan merupakan tarikh yang amat penting dalam hidup aku bermula 6 April .
Sebab pada hari tu lah aku dilamar, perasaan mula berputik, segala-galanya berubah dalam hidup aku sejak sekian lama aku tak dapat rasai perasaan cinta yang sebenar .
Terima kasih buat kekasihku, Mohd Afiq Aiman .

Aku tahu baru sebulan perhubungan ni . Tapi dapat kurasakan macam dah bertahun-tahun aku kenal dia . Mulanya, bukan aku terlalu berharap sepenuhnya pada dia kerana aku pun banyak kelemahan diri yang aku kadang-kadang tak sedar , aku takut dia tak dapat bertahan dengan aku . Tetapi selama sebulan ni aku dapat lihat cinta dia pada aku terlalu kuat, aku dapat rasakan betapa besarnya pengorbanan dia untuk aku Dia boleh terima apa adanya aku . Tanpa dia ketahui, aku sebenarnya banyak menguji dia dengan caraku dengan tujuan aku nak cunkil personaliti dia, jenis dan sikap dia , semuanyalah ! Aku bukanlah pakar psikik yang boleh meramal apa-apa cuma aku betul-betul dapat rasa seseorang itu yang rapat dengan aku .

A.F.I.Q
Seorang lelaki yang sederhana, periang, penyayang, suka usik-mengusik, seorang yg kelakar, baik-hati suka tolong orang , tak kedekut tapi suka membazirkan, tak berkira sangat , tak terlalu ego , dapat terima nasihat dengan terbuka , tak berdendam ,tak mudah merajuk mcm lelaki lain, cepat cemburu tapi tak melulu, tak mudah mengalah dan selalu inginkan yg terbaik dlm hidupnya, seorang yg setia, prihatin dgn keadaan sekeliling, berfikir dgn logik dan jauh, dia seorang yang sangat comel ! hihihi .

♥ 0 lovely notes

♡