luahan perasaan for my dear .

Sunday, June 10, 2012 1:50 AM


Dua minggu aku dibelenggu tanpa arah .
Dua minggu juga aku masih dapat bertahan, masih tetap boleh bersabar .
Tapi entah macam mana, kelmarin hati aku seperti dihiris-hiris . Betapa sakitnya ia terluka, betapa pedihnya kesakitan itu . Kerana Si dia yang aku sayangi, yg terlalu aku cintai yang membuatku merana sementara .

Aku memang stalker sejati . Aku dah tak boleh lari dari tabiat tu walaupun pernah seseorang menasihati aku supaya hentikan aktiviti tersebut , katanya boleh menimbulkan salah sangka.
Yeap, kadang-kadang aku tersalah sangka juga bila stalk facebook dia . Salah aku sebab mencerobohi hak privasi individu . Tapi peduli apa aku cuma nak tahu apa yg aku tak pernah tahu . Aku tak pernah menganggu atau cuba merumitkan keadaan . Jejak pun aku tak pernah tinggalkan . Bila aku dapat tahu apa yg aku tak tau , aku nak kepastian . Kepastian dan penjelasan dari dia sendiri . Lepas tu baru aku puas :)

Aku tak tau apa masalah dia semalam sampai call dari aku pun tak nak jawab . Banyak kali aku dail nombor yg sama sampai aku naik berang tiap kali call talian tidak bersambung dibiarkan . Aku cuba text dengan harapan dia balas walaupun sepatah dari dia pun aku rela tunggu pada malam tu. Tapi henfon aku sunyi sepi.... disisi. Agak lama juga aku korbankan masa makan & tidur dari pukul 12 hingga 3 pagi semata-mata tunggu message dibalas. Kebetulan, malam euro . Aku tengok jugak tau tak sampai habis . Betapa tergurisnya bila keesokkan pagi aku terjaga dari tidurku yg tak berapa nak lena ; check henfon , no new message . Hurm.. perasaan aku ketika itu aku mampu menjerit sekuat hati je tapi tak mampu mengalirkan air mata .

Aku tau sikap aku ni terburu-buru mahukan kepastian dengan segera . Aku nak tahu adakah masih sama perasaan sayang dan cinta dia pada aku seperti dulu ? Atau mungkin dah berkurang ? hahaha ... aku tak tahu .
Aku faham dia sibuk sejak menjak ni . Aku pun tak memaksa dia untuk call atau text aku setiap hari . Aku faham dengan apa yg dia lalui . Aku tak pernah paksa apa-apa...tapi semalam dia dah buat aku jadi memaksa . aku jadi kejam . aku call banyak kali . aku nak jugak bercakap ngn dia walaupun seminit !! Dia tak kan faham macam mana perasaan ni . Dia takkan selami hati ni . Dia takkan faham walau macam mana pun . Dia tak tahu aku gembira dalam tangis . Dia tak tahu walaupun dia kata aku jantung hati dia , cinta mati dia , takkkkkk....dia takkan faham .




0 lovely notes