Ami yang kuat

Tuesday, November 26, 2013 1:55 AM



AMI AYE

Waktu yang singkat, kami dipertemukan dengan si anak kucing yang sgt keding . Kalau tengok dia mula2 nampak macam dia boleh gemuk ni dia cuma tak cukup makan. Si malang ni diberi nama Ami Aye. Kiteorang ambik dia dekat kedai makan laksa dekat Gopeng ( kawasan kampung Fena) 
Aku mula angkat dia. Ya Allah...tulang! kurus sangat si kecil ni :( 
Kami terus bawak dia pulang rumah.

Dia manja sangat cuma dia tak macam anak kucing lain yang boleh berlari dan bergurau. 
Kami faham dia sakit dan cuma perlukan masa untuk sembuh. Bersabarlah Ami !

Dimana ada manusia, disitulah dia menyelit ! 
Kami ada bawa dia ke vet untuk nak periksa lah kenapa dia selalu semput dan susah nafas, doktor kata dalam paru2 dia ada nanah dan macam lendir tu dah selaput dia punya pernafasan dan paru2 patutlah susah nafas. Doktor kata boleh je nak buang nanah tapi kena buat operation tetapi...memandangkan dia terlalu kecil dan lemah doktor tak galakkan buat lagi sebab takut dia tak dapat bertahan dengan ubat bius dan operation tersebut. Doktor cuma bagi ubat biji dan cecair.

Kesian Ami, dia nak tidur pun susah...selalu terjaga. Waktu ni dalam kereta otw nak kerumah Fena.
 ( Balik cuti sebelum exam). Kadang2 semput dia terlampau kuat lagi2 lepas makan dan berak.
 Ya Allah..kesian Ami terpaksa lalui penderitaan ni :(

Kami memang suka buli Ami ! Hehe bukan satu penderaan atau kes penganiyaan. Buli2 manja. Tengoklah kat tengkuk dia ada kucing ! Sebenarnya tu pengikat wayar laptop aku. Hehe...Comel bila Ami pakai.
Ni lepas balik jawab exam. Fuuuu balik penat2 terus hilang penat tu bila si manja ni datang dekat dan belai dia. Last2 tertido bersama. Waktu ni Ami dah nmpk cergas sikit. Jalan dah laju. Makan pun banyak. Kalau manusia makan ape saja depan dia mesti Ami sibuk2 datang dekat dan mengiaw nak jugak !!


Dan beberapa hari lepas tu, aku & kd ke kedai basikal nak tukar tayar basikal yg dah pancit . Dipelawa pulak ngn uncle tokey tu suruh ambil kucing, ada banyak kat belakang kedai dia. Ya Allah...memang berbondong2 kucing ! Macam2 warna ada...nakal2 pulak tu gigit sana, gigit sini. 
Dalam byk2 aku berkenan kat sekor anak kucing yg berbulu halus dan lembut. 
Muka ayu sikit...haha agak dah si betina.
So kiteorang setuju nak bawak balik sekor tu. Nama dia Princess/ pinces.


Reaksi Ami macam terkejut tetiba ada kucing lain dalam rumah ni. Betina pulak tu. Hehe...tujuan kami nak bagi kacuk Ami ngn Princess bila diorang besar nanti. Tapi.............:'(


Tetiba datang pulak lagi sekor warna oren putih. Aikk???? lagi bertambah heran Ami. 
Kami saja jalan2 rumah budak laki member kami yg dorang kata dorang ada 5 ekor anak kucing. 
So sangat teringin nak tengok. Last2 terbawak si orenputih balik rumah. Katanye nak pinjam je.
 Tapi..............

Dorang dikenakan hukuman mandi sebab busuk sangat !!!!!!!!!!
Mandi berjemaah . haha! Paling baik kat sini Princess. Mandi pon diam..suka air agaknya.
Ami mungkin dah biasa, dia nak melawan pun tak terdaya...redha jelah kena mandi.
Paling susah sekali nak mandi si Oyen Gumuk! Aduhhh macam2 action dia buat nak mengelak dari kena air, mulut bising pulak tu taknak senyap !! Haihh penat.


Tidur dengan dorang semua ni satu perasaan yang sangat best tak terkata. Walaupun dorang dah kongker satu blanket aku dan takde ruang aku nak berbaring tapi tak apa asalkan dorang tidur lena. 

Dan paling mengejutkan sejak bila Ami boleh tidur macam kucing biasa??????
Selalunya dia tak boleh baring mcm ni. Dia akan duduk dan pejam mata, kadang2 tersenguk2...kesian sangat. Ami tak boleh baring nanti dia susah nafas. Waktu ni bila aku pandang dia... aku rasa simpati, rasa macam boleh selami apa yang dia rasa walaupun dia hanyalah seekor kucing . Mungkin kami semua terlalu manjakan Oyen & princess  sampai abaikan Ami dan mungkin Ami cuba untuk jadi kuat dan nak jadi macam kawan2 dia yang lain. Dia cuba buktikan yang dia pun boleh jadi macam kucing lain yang boleh hidup normal. Dan aku tahu Ami tak boleh tidur pun bila dia baring macam ni. Dia cuma nak tunjuk yang dia boleh...........hanya depan kami :(


Ami pernah bawa diri keluar dari rumah dan duduk depan pagar...sendirian.
Mengenang nasib . Nasib dirinya yang serba kekurangan.
Mungkin dia terasa hati dengan kucing2 lain dan kami sebab lebihkan mereka .
Kadang2 bila berkumpul, Ami mesti jauh. Bila kami tengah belai kucing lain mesti dia akan datang dekat dan minta untuk dibelaikan juga seperti mana kucing tu dapat belaian dari manusia.
Setiap kali aku pandang Ami, aku cium kepala dia dan cakap "Cepat sembuh ya Ami"
Aku harap Ami dapat kekuatan dan dia akan cuba kuatkan diri dia tempuhi cabaran hidupnya.


22 nov 2013
Ami tak dapat bertahan lama seperti mana harapan dia nak teruskan hidup.
Ami pergi dan selamanya takkan ada lagi Ami Aye !
Allah tarik nyawa dia sebab makin lama dia hidup macam ni, makin dia terseksa.
Hari jumaat Ami tinggalkan kami, sebelum kami habis jawab exam pada hari Sabtu.
Ami membuatkan seribu pilu pada kami. Memang tak dapat tahan air mata saat2 Ami terbaring dan dia hembus nafas terakhir. Masa tu kami semua ada bagi semangat kat Ami. Tapi dia dah tak mampu buat apa2.
Ajal dia dah sampai .

 Ami...............
kami semua rindu Ami :'(
 Kalau kami tau Ami dah patah semangat untuk hidup sebabkan ada kucing lain .
 Kami akan jaga Ami sekor je .


0 lovely notes