Amalkan ais untuk kecantikan

Thursday, December 26, 2013 4:25 PM



Baru2 ni aku baca kelebihan ais untuk kecantikan. Sejak tu aku terus amalkan tempek ais dekat muka.
Aku ada masalah pori terbuka dan taknak tutup2 . Geram gak makin dibiarkan makin banyak bintik hitam duduk dekat pori tu. Yelahh tak bagus bila pori terbuka dan kita biarkan, nanti minyak semua pebenda masuk dalam tu tak nak keluar pulak. Dan akan membuatkan kulit kita tak nampak halus mulus -.-

Ni aku share serba sedikit petua kecantikan dengan ais.
Mengekalkan Make-up :
Jika anda mempunyai temujanji dan tidak mempunyai banyak masa untuk mengenakan solekan, ais boleh menjadikan kulit anda kelihatan berseri walaupun tanpa sebarang solekan tebal... Caranya adalah dengan menambil satu kiub ais, kemudian balutkannya dengan kain lembut atau tisu dan sapukan ke muka anda... Kemudian sapukan bedak padat ke muka anda... Hasilnya bedak tersebut akan bertahan lebih lama di wajah anda.

Meratakan warna kulit :
Sifat ais yang sejuk mampu memberikan ketenangan dan kesejukan apabila digunakan pada kulit... Disebabkan itu, ia mampu untuk mengurangkan ketidaksamaan warna kulit sama ada kulit wajah mahupun anggota badan... Hanya sapukan ketulan ais ke kawasan yang terjejas selama beberapa minit dan hasilnya menakjubkan... Ia merupakan kaedah yang sangat efektif untuk dilakukan tatkala sedang bersantai di rumah... ( elok sangatlah sape yg takde keje nak buat)


Merehatkan mata :
Berasa letih selepas seharian di tempat kerja atau setelah merenung skrin komputer untuk tempoh yang lama? Cubalah silap mata ini demi kecantikan mata anda... Ambil beberapa ketul ais dan balutkan ke dalam kain yang lembut, kemudian sapukan ke sekeliling mata anda... Ini bukan sahaja akan melegakan tekanan yang anda alami tetapi ia turut akan menghapuskan bengkak pada mata anda... Anda akan berasa lebih santai dan segar selepas itu...

Merawat jerawat :
Dengan menyapukan ais pada wajah anda bukan sahaja akan melembutkan kulit wajah anda malah ia turut mengecilkan liang2 pori pada wajah anda dan menghalang bakteria daripada memasuki liang2 kulit wajah anda... Caranya adalah dengan pegang ais dengan kain yang bersih dan sapukan ais tersebut pada kulit muka anda selama 10 minit setiap hari... Ia mampu mengecilkan liang2 pori dan mengurangkan keradangan pada kulit wajah...



Haaa tu diaaa.. serba sikit pasal ais untuk kecantikan. Rajin2 lah amalkan..
InsyAllah pori pon mengecil dan kulit muka pun jadi gebu.


Selalunya aku nak buang blackhead, aku guna mask peel off.  Then, cuci muka bersih2 pakai pencuci muka lepastu aku sapu ais dalam 2-3 minit . Then pakai toner. I recommend toner Clinelle sebab toner tu takde alcohol dan selamat untuk kulit muka yang sensitif macam aku. Tak mengupas macam toner lain. Lepas tu aku pakai moisturizer dari Hada labo. 


Dan aku akan dapat hasilnya ! Kulit muka tak terlalu berminyak. Jerawat susah nak tumbuh ! 
Makeup sekata dan fuuuu~ pipi sejuk. Hahahaha..

* muka nak disumbat kaki *

0 lovely notes

Luahan hati lagi . haha

Wednesday, December 18, 2013 9:38 PM


Throwback Comic Fiesta 2011 sweet moment ever ! 

As salam, actually aku bukan nak throwback semua perkara. Hehe..just suka2 nak berblog . Bosan meh takde kerja sepanjang cuti sem ni. Ouh esok result kptm ipoh keluar. Serious aku cuak sangat dah ni sampai makan malam pun tak lalu. Haih haih....
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Aku rindu seseorang. Sebulan tak jumpa macam dah bape tahun ni . Tapi aku selalu berdoa agar kau sentiasa lekat dihati ini. Hikk...

Aku ingin engkau ada disini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah

meski telah lama kita tak bertemu
ku slalu memimpikan kamu

Kadang2 dia buat aku sedih. Dia kata jangan terlalu berharap kat dia. Aku nak terlalu yakin dgn hubungan ni pun tak boleh sebab semuanya kehendak Allah. Aku terima qada dan qadar . Apa pun yang nak jadi aku kena kuat . Tapi....aku harap sangat aku akan kekal dgn dia . Walau apapun jadi kat dia, aku tetap pilih dia. Aku tetap nak dia. Aku nak jaga dia....walaupun suatu hari dia dah tak mampu jaga aku. Ini bukan janji. Ini harapan aku. Tapi kalau satu hari semua terpaksa diubah, aku terima kalau dia bukan jodoh aku :/


Pergilah kasih kejarlah keinginanmu

Selagi masih ada waktu
Jangan hiraukan diriku
Aku rela berpisah demi untuk dirimu
Semoga tercapai segala keinginanmu





Aku tak perlu lelaki idaman bagai. 
Kau memang idaman aku yang aku tercari-cari selama ni yg aku tak pasti apa yang aku mahu sehingga aku kenal kamu dan.............yeap ! kamu . Apa yg kau buat, semua pasal kau aku dah jatuh cinta . Tolong jangan berubah semata-mata nak jadi macam putera idaman orang lain. Percayakan aku. Apa yang kau ada semuanya dah cukup sempurna bagi aku. Please sayang okey jangan lagi cakap pasal " lelaki idaman" bagai nii...


Love, Atirah





0 lovely notes

Why do I like him anyway ?

Friday, December 13, 2013 3:02 PM


image by google . 


Hari ni aku nak luahkan apa yang aku rasa yang selama ni aku pendam. Mungkin lepas ni ada yang takkan tegur aku langsung dan aku harap tolong jangan bencikan aku.

Dia seorang yang sangat baik walaupun aku tak pernah kenal dia sebelum ni. Aku pernah sukakan dia dalam diam tapi aku tak pernah bagitahu perasaan ni kat dia. Lama aku pendam sampai........sampai bila2 kot aku takkan bagitau dia sebab aku rasa macam pelik je, kiteorang kawan dah lama tiba-tiba kalau aku confess mungkin aku akan kehilangan seorang kawan sebab aku pun tak tahu apa perasaan dia pada aku sebab kiteorang borak ke apa tak pernah cakap pasal hati masing2 . Aku takut aku hanya memalukan diri sendiri dan hanya bertepuk sebelah tangan.

Aku ingat lagi, pertengahan semester 2 aku dan dia dah mula renggang mungkin dia dah tahu aku dah ada si pemilik hati . Mungkin dia perasan dan dia cuba tak nak ganggu aku. Dia dah tak text or call langsung . IM pun dah jarang dan rasa janggal . Perasaan suka aku pada dia pun hari demi hari hilang . Banyak kali aku nafikan dulu " Dia cuma kawan jer macam mane nak ada perasaan suka kat kawan baik sendiri. haha kelakar "  
Haha aku tipu. Aku tipu diri sendiri.
Tapi lama kelamaan aku dah boleh lupakan dia. Aku dah boleh buang perasaan tu dan focus kat boyfriend aku yang sekarang ni. Dia ? aku anggap just kawan untuk selamanya. 

Pernah member aku tanya, macam mana your crush tu tetiba ada girlfriend ? Dia takde girlfriend kan sekarang sebab dia kata dia nak tetapkan pendirian yang dia tak nak ade girlfriend waktu ni . Tapi tetiba dia ade girlfriend ? Apa perasan hang ? 

Aku terdiam......aku fikir jap. Mungkin takpe. Alaaaa ape salahnya dia ada gf sedangkan aku pun ada bf. Dia pernah nasihat kat aku, waktu belajar ni tak perlu boyfie girlfie sebab kita belum sampai masanya. Jangan risau jodoh ditangan tuhan. Yakin dengan ketentuanNya. 
Hehe....tapi aku yang mula langgar pendirian tu dulu . 

Dulu sebelum couple dgn boyfriend aku skrg, aku memang harapkan dia. Harapkan dia terima aku. Atleast bagitau apa perasaan dia pada aku . Kawan je ke ? tapi aku rasa lain..dia memang buat aku terlalu berharap sampai akhirnya aku kecewa.

Alhamdulillah...sekarang semua dah tamat . Tak perlu dah aku fikir2 kan dia lagi. Tak perlu lagi aku terlalu ambil berat pasal dia dan bukan aku dah tempat dia kongsi cerita. Sekarang dia dah ada orang yang dia sayang, aku yakin gadis tu memang pilihan tepat dia...memang ciri2 yang dia cari selama ni. Yaa...dan sekarang walaupun aku tak tahu.....aku pujuk hati sendiri tak perlu kau sesali segala keputusan yang kau dah buat wahai ATIRAH ! 

Aku tak kata aku menyesal pilih kekasih aku yang sekarang, alhamdulillah so far dia dah banyak berubah .. aku terima dia seadanya dan paling penting aku sayang dia takkan sesekali aku lepaskan dia macam mana aku lepaskan orang yang ada depan mata aku dulu.
InshaAllah... Allah permudahkanlah segalanya :)










0 lovely notes

KCOLLY SWEET 17 REVIEW

Thursday, December 12, 2013 2:46 PM


As salam, Alhamdulillah dah seminggu aku amalkan kcolly. Apa tu ? hehe kcolly makanan tambahan aku untuk bulan cuti ni. Aku rasa kalau bulan aku busy confirm aku makan tak teratur.


Apa perubahan aku dapat rasa lepas makan kcolly ?

Kulit aku satu badan dah jadi lembut macam bayi kot ! Sumpah ni tak tipu aku mulanya pon rasa tak caya...Aku mula rasa bila hari ke 3 aku amalkan kcolly, bila aku bangun pagi aku geselkan kaki kanan dengan kaki kiri terasa lembut teramat *bkn perasan* tapi kenyataan. Kulit aku sebelum ni takde lah selembut ni. Okey tu first thing yang aku perasan.

Jerawat dah kecut !!! Hoyeyh ni benda yang aku sangat suka. Okey sebelum aku amalkan kcolly memang jerawat aku dah kurang.. mungkin faktor usia dah meningkat jadi jerawat pun dah makin tak aktif je nak tumbuh kat muka ni. Hahaha... Dulu je muka aku teruk gila..!

Putih??? kolly ni sebenarnya untuk putihkan kulit jugak....tapi aku tak tahu perubahan warna kulit ni sebab memang aku jenis kulit cerah ( bukan putih melepak ) . Yang aku perasan kat kawasan siku dan lutut ... dah cerah sikit namun masih tak sama macam kat kawasan lain. huhu....
Nak more detail pasal kcolly rajin2 lah search ek...banyak orang kempen pasal kcolly ni dan yeap memang supplement ni berkesan . Tak ada bahan kimia dan apa2 yang boleh menjejaskan kesihatan. Sebab bahan yang digunakan semua selamat dari bahan semulajadi.  Aku jenis rajin research sebelum beli...kalau aku rasa benda ni tak selamat dan banyak feedback negetive aku takkan berani nak beli dan makan sesuka hati.




                                                               AFTER & BEFORE


Before : Gambar beberapa bulan yang lepas , aku pon tak sure bulan berapa tapi gambar dah lama. 
After    : Hari ke 7 consume kcolly. Ntahhhh cerah sebab cahaya terlampau ke atau memang itu warna kulit aku. Haha . No edit no filter no front camera. 
 
Ni lagi gambar . Tak reti ah aku tengok .  Ni hari ke 4.
Gambar belah kanan ni atas hari ke 5
dan bawah hari ke 10 . 
Gambar bawah nampak lagi gelap dari atas kan ?
 Faktor cahaya tak cukup ni hehe. 
Tapi kat sini cuba perhatikan lingkaran gelap bawah mataku,  dah kurang sikit ! yeay! yeahhhh kalau boleh aku nak buang selamanya eyebag dan lingkaran gelap bawah mata.  
Lagi satu, sejak2 ni bila aku makeup dah takpayah touch up tebal2 lagi nak tutup pores dan warna tak sekata. Sebab semua tu dah hilang ! Rasa sangat gembira :D 



Percaya atau tak ? Terpulanglah~ Kalau korang jenis suka mencuba bolehlah try kcolly ni sebagai makanan tambahan korang. Cara makan dia mudah je, 1 scoop pagi sebelum breakfast dan 1 scoop malam sebelum tidur. Insha Allah...kita kena yakin . 
Mana nak dapatkan ? Boleh try cari dekat offical kcolly pages dekat facebook or supplier kcolly dekat insta.

4 lovely notes

Frozen

1:18 PM


As salam, 
Hii terasa hari ni baru nak update blog..huhu sebenarnya dah lama nak update cuma takde masa je.
Semalam Selangor cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor jadi Mama pun cuti dari jaga budak dan oleh itu kami habiskan masa tengok wayang ! Huhu...


Guess kiteorang tengok movie Frozen ! Awesome sangat2 awesome !!!! Graphic lawa gila terasa macam nak masuk je dalam cerita tuh, hehe.....plus, aku memang peminat cerita kartun >.< 
Mama pun kata cerita tu best dan ending dia sedih rasa nak nangis je....bila tengok Anna dah jadi ais sepenuhnya.

Ouh before tengok wayang, kami jalan2 dulu sekitar IOI tuh...saja cuci mata tengok barang, beli tak pon...
dan aku dah jadi addicted dengan chatime Chocolate Hazelnut.  Ah mesti beli tiap kali pegi IOI dan lepas ni pon bila pegi mana2 shopping complax aku nak cari air ni dulu !!



0 lovely notes