Ami yang kuat

Tuesday, November 26, 2013 1:55 AM



AMI AYE

Waktu yang singkat, kami dipertemukan dengan si anak kucing yang sgt keding . Kalau tengok dia mula2 nampak macam dia boleh gemuk ni dia cuma tak cukup makan. Si malang ni diberi nama Ami Aye. Kiteorang ambik dia dekat kedai makan laksa dekat Gopeng ( kawasan kampung Fena) 
Aku mula angkat dia. Ya Allah...tulang! kurus sangat si kecil ni :( 
Kami terus bawak dia pulang rumah.

Dia manja sangat cuma dia tak macam anak kucing lain yang boleh berlari dan bergurau. 
Kami faham dia sakit dan cuma perlukan masa untuk sembuh. Bersabarlah Ami !

Dimana ada manusia, disitulah dia menyelit ! 
Kami ada bawa dia ke vet untuk nak periksa lah kenapa dia selalu semput dan susah nafas, doktor kata dalam paru2 dia ada nanah dan macam lendir tu dah selaput dia punya pernafasan dan paru2 patutlah susah nafas. Doktor kata boleh je nak buang nanah tapi kena buat operation tetapi...memandangkan dia terlalu kecil dan lemah doktor tak galakkan buat lagi sebab takut dia tak dapat bertahan dengan ubat bius dan operation tersebut. Doktor cuma bagi ubat biji dan cecair.

Kesian Ami, dia nak tidur pun susah...selalu terjaga. Waktu ni dalam kereta otw nak kerumah Fena.
 ( Balik cuti sebelum exam). Kadang2 semput dia terlampau kuat lagi2 lepas makan dan berak.
 Ya Allah..kesian Ami terpaksa lalui penderitaan ni :(

Kami memang suka buli Ami ! Hehe bukan satu penderaan atau kes penganiyaan. Buli2 manja. Tengoklah kat tengkuk dia ada kucing ! Sebenarnya tu pengikat wayar laptop aku. Hehe...Comel bila Ami pakai.
Ni lepas balik jawab exam. Fuuuu balik penat2 terus hilang penat tu bila si manja ni datang dekat dan belai dia. Last2 tertido bersama. Waktu ni Ami dah nmpk cergas sikit. Jalan dah laju. Makan pun banyak. Kalau manusia makan ape saja depan dia mesti Ami sibuk2 datang dekat dan mengiaw nak jugak !!


Dan beberapa hari lepas tu, aku & kd ke kedai basikal nak tukar tayar basikal yg dah pancit . Dipelawa pulak ngn uncle tokey tu suruh ambil kucing, ada banyak kat belakang kedai dia. Ya Allah...memang berbondong2 kucing ! Macam2 warna ada...nakal2 pulak tu gigit sana, gigit sini. 
Dalam byk2 aku berkenan kat sekor anak kucing yg berbulu halus dan lembut. 
Muka ayu sikit...haha agak dah si betina.
So kiteorang setuju nak bawak balik sekor tu. Nama dia Princess/ pinces.


Reaksi Ami macam terkejut tetiba ada kucing lain dalam rumah ni. Betina pulak tu. Hehe...tujuan kami nak bagi kacuk Ami ngn Princess bila diorang besar nanti. Tapi.............:'(


Tetiba datang pulak lagi sekor warna oren putih. Aikk???? lagi bertambah heran Ami. 
Kami saja jalan2 rumah budak laki member kami yg dorang kata dorang ada 5 ekor anak kucing. 
So sangat teringin nak tengok. Last2 terbawak si orenputih balik rumah. Katanye nak pinjam je.
 Tapi..............

Dorang dikenakan hukuman mandi sebab busuk sangat !!!!!!!!!!
Mandi berjemaah . haha! Paling baik kat sini Princess. Mandi pon diam..suka air agaknya.
Ami mungkin dah biasa, dia nak melawan pun tak terdaya...redha jelah kena mandi.
Paling susah sekali nak mandi si Oyen Gumuk! Aduhhh macam2 action dia buat nak mengelak dari kena air, mulut bising pulak tu taknak senyap !! Haihh penat.


Tidur dengan dorang semua ni satu perasaan yang sangat best tak terkata. Walaupun dorang dah kongker satu blanket aku dan takde ruang aku nak berbaring tapi tak apa asalkan dorang tidur lena. 

Dan paling mengejutkan sejak bila Ami boleh tidur macam kucing biasa??????
Selalunya dia tak boleh baring mcm ni. Dia akan duduk dan pejam mata, kadang2 tersenguk2...kesian sangat. Ami tak boleh baring nanti dia susah nafas. Waktu ni bila aku pandang dia... aku rasa simpati, rasa macam boleh selami apa yang dia rasa walaupun dia hanyalah seekor kucing . Mungkin kami semua terlalu manjakan Oyen & princess  sampai abaikan Ami dan mungkin Ami cuba untuk jadi kuat dan nak jadi macam kawan2 dia yang lain. Dia cuba buktikan yang dia pun boleh jadi macam kucing lain yang boleh hidup normal. Dan aku tahu Ami tak boleh tidur pun bila dia baring macam ni. Dia cuma nak tunjuk yang dia boleh...........hanya depan kami :(


Ami pernah bawa diri keluar dari rumah dan duduk depan pagar...sendirian.
Mengenang nasib . Nasib dirinya yang serba kekurangan.
Mungkin dia terasa hati dengan kucing2 lain dan kami sebab lebihkan mereka .
Kadang2 bila berkumpul, Ami mesti jauh. Bila kami tengah belai kucing lain mesti dia akan datang dekat dan minta untuk dibelaikan juga seperti mana kucing tu dapat belaian dari manusia.
Setiap kali aku pandang Ami, aku cium kepala dia dan cakap "Cepat sembuh ya Ami"
Aku harap Ami dapat kekuatan dan dia akan cuba kuatkan diri dia tempuhi cabaran hidupnya.


22 nov 2013
Ami tak dapat bertahan lama seperti mana harapan dia nak teruskan hidup.
Ami pergi dan selamanya takkan ada lagi Ami Aye !
Allah tarik nyawa dia sebab makin lama dia hidup macam ni, makin dia terseksa.
Hari jumaat Ami tinggalkan kami, sebelum kami habis jawab exam pada hari Sabtu.
Ami membuatkan seribu pilu pada kami. Memang tak dapat tahan air mata saat2 Ami terbaring dan dia hembus nafas terakhir. Masa tu kami semua ada bagi semangat kat Ami. Tapi dia dah tak mampu buat apa2.
Ajal dia dah sampai .

 Ami...............
kami semua rindu Ami :'(
 Kalau kami tau Ami dah patah semangat untuk hidup sebabkan ada kucing lain .
 Kami akan jaga Ami sekor je .


0 lovely notes

19 NOV OldTown

12:24 AM


19 NOV 2013 
Sepanjang exam dan setiap kali ada gaps kami selalu cari masa untuk date bersama. 
Study, study gak...hangout, hangout jugak...boleh dikatakan kami pandai urus masa wlopun tgh exam XD
He bring me here. Old Town White Coffee. Tu pun sebab aku ajak.
Nak buka puasa kataku ~

Waktu ni tengah sakit hati. Memang perasaan masa ni tak betul. Rasa nak nangis tetiba tapi aku masih boleh chillex depan dia dan masih mampu tersenyum dan buat dia happy.
Cuma dia tak tahu je.

Sebab aku tetibe emosional.......is...

To be continued...... (Entry Pujaan Hati)


Dia ni pencuri tau tak. Pencuri ambik gambar orang senyap2 tanpa bagitau. The result pada gambar tersebut adalah muka aku yg hodoh sebab tak ready . Tah2 masa aku korek hidung pun dia snap my picture kot !! arghhh!!


Makanan kat sini tak sedap .
 Mee curry dia tak menepati citarasaku atau mungkin aku bukan penggemar kari :/

0 lovely notes

Pujaan hati

Friday, November 22, 2013 1:30 AM


As salam! 
Hikkk i'm soo in happy mood now. Yelah mana tak happy nye dh kena "pujuk" ngn tersayang.
Aku deactive fb, off whatsapp utk satu hari dan tak text dia pun semalaman. Merajuk kononlah.. hehe
Tapi tadi ptg  aku baru bukak whatsapp dan dia terus ajak jumpa mlm ni. Aku kata tak nak dan bagi alasan busy sebab tak nak jumpa (ego konon) haha tapi aku accept gak utk jumpa dia.
Masa dlm kete aku diam je. Dia pun diam dan ckp sikit2 je...tetiba dia bwk aku gi tmpt makan. Sushi!! yeyey! Kat situlah aku luahkan ape yg aku tak puas hati selepas disoal kenapa merajuk tetiba.. tak romantik tapi sweet!  Haha.. okeylahhhh lain kali Tira takkan merajuk tanpa sbb dah.. sebab dia pun tak suka aku merajuk tanpa sebab ni lainlah kalau dia buat salah.



Bie nak kita jadi profesional dan matang dalam hubungan. Tak seronoklah kalau Tira selalu merajuk dan bie taktau pulak .. bukannya nak bgitau. Lain kali bagitau kalau tengah merajuk ke atau ade benda tak puas hati tau !?  Cuba bagitahu apa yg bie dah buat ? 

aku hanya errrrrrrrr......... takde sebenarnya.

Sayang, terima kasih sebab jaga tira sebaik mungkin sepanjang Tira kat Ipoh ni 
dan terima kasih banyak2 for sushii!!!!!!

*ber-photo lepas kenyang ngap sushi *

Nah..saja tunjuk gmbr nak bagi hangpa teliuq ngn makanan jepun nie! hehe

0 lovely notes

20 NOV 2013

Wednesday, November 20, 2013 11:47 PM


20 NOV 2013

Perasan tak saya layan awak macam nak tak nak je ? 
Perasan tapi awak still buat donno je. Awak biarkan macam tu je walaupun awak tahu saya dah lain. 
Bagi awak, bila saya gembira, saya dah senyum dan tingkah laku saya mcm biasa awak anggap
 " okey she is fine now " 

Tak perasan ? Fine . Saya tak salahkan awak pun. Awak bukannya buat jahat kat saya. Awak bukannya marah saya atau sakitkan hati saya pun. Awak cuma buat saya sedikit kecewa.  Bukan sebab awak curang atau papejelahh yang nampak mcm awak jahat ! semua tu tak . Awak sangat baik. Yeap...betul ! 
Diri sendiri patut disalahkan sebenarnya. Saya pun tak tahu kenapa tetiba saya nak salahkan awak. 
Ego mungkin.  hahahaha.... sebelum ni pernah gak saya rasa macam ni tapi saya buang rasa tu jauh-jauh. Tolak ego saya ketepi dan dahulukan awak dan segalanya awak. 
Tapi kali ni .....................................

Saya cuma nak tengok sejauh mana awak boleh bertahan . Maaf saya selalu pysco awak . 
Kalau tak mampu nak bertahan dengan semua ni ,
awak pergilah....
sebab apa yang saya buat ni memang membebankan dan buat awak stress. 

0 lovely notes

In Final exam weeks for Sem3 :)

Wednesday, November 13, 2013 6:28 PM


Assalamualaikum semua !
Alhamdulillah... dah boleh tarik nafas lega sikit sebab paper OENT, ARAB & MMN dah lepas . Coming soon is paper PWW, DAV, ACCOUNT, AKPK . Gilo deh....aku takut paper account isnin ni. Walaupun gaps lama dan banyak masa untuk study tapi aku yakin aku takkan mula study awai2 sebab memang aku & the geng punya style study last minutes pastu barulah nak kelam kabut masa malam sebelum exam.  HAHA. ! Harap semuanya senang2 belaka lah deh. Insha Allah... Final ni soalan senang je . XD


08/11/2013 - Jumaat 

Tarikh ni sebenarnya tarikh rasmi aku dan si dia couple. Tapi boleh pulak aku lupa dan abaikan.....ceit ! Dia pon sama mana nak ingat. Baru hari ni aku menyedarinya betapa tak gunanya aku. -.- Tapi sebenarnya dia sendiri cakap.... tarikh tu tak penting . Tarikh yang betul2 penting bagi dia masa waktu perkenalan. Pertengahan bulan Julai. Waktu aku tak tahu dia sebenarnya secret admirer aku yang dah lama perhatikan aku sejak awal masuk KPTM. kahkahkah....comel sangat deh .. Dia tersangatlah pemalu, nak tegur pun tak berani . Sweetnya waktu tu....waktu aku tak tau siapa sebenarnya yang bagi gift berisi bunga dan bear kecik dan secebis nota tulisan berlingkaran XDD. Puas aku investigate siapa dan siapa manusia tak bernama nih . Rupanya2 budak satu kelas dengan aku. Sweetnya...aku rindu ketika aku semester 1 . Waktu kami hanya bermain mata dan bermesej . LOL !! 

Couple

Aku lamar dia. AKU . Tak caya ? Ya....aku lamar dia. Sebab aku dah tolak lamaran dia 3 kali. Dan sepanjang aku bersama dia sebelum couple, aku nampak dia bukan macam lelaki yang aku sangka.  Dia layan aku pun macam member2 jah...tak romantik apa pun -_____-  dan sekarang pun tak romantik gak. Ahaks.. tapi takpe cara dia membuatkan aku yakin takde pompuan tu yang akan terpikat kecuali aku. 
( Aku tak suka orang terlalu romantik taik kucing ni buat semak je & geli erk...)

Dating nak release tension exam
Semalam kitaorang menghabiskan masa bersama hangout here and there~
Mula2 pegi bank teman dia buat account asb . Termasuk aku pun buat sekali. Kami keluar dalam pukul 2 lebih ...kesian ngat eh dia tak makan langsung dari pagi so we decide to eat something yang boleh mengenyangkan dlm waktu yang berpanjangan. Aku ajak dia kesini memandangkan aku tukar selera dari nak pegi makan sushi ke steamboat. Huhu... ape saje kehendak aku dia ikut je huehehe...ni yang buat aku double triple syg kat dia.
 ( gua bukan si pisau cukur yeh )
Kami ke Seoul Garden. Seee muka aku yang terlalu excited dan tak percaya makanan kat sini buffet dan boleh ambil apa saja?? Haha seriously aku excited gile sampai nak grill semua lauk yang aku ambik sampai hangit dan sampai kena marah ngn encik abang kesayangan T_T
Tekun aihhh masak. Hahaha. Sayur sedap. *tetibe*
wehuuuu tengoklah hasil tangkapan aku. Macam2 aku kaut. Tapi tak semua yang aku makan. Tuh!!! si dia yang makan . Aku penat2 susun dalam grill tu tunggu sampai masak time nak ambik tengok dah hilang . 
 =3='' 
Hahaha.. sup dah habis. Kat tempat ni ada pilihan sup . Kena pilih satu. Aku baru nak pilih tomyam, dia dah sebut dulu sejenis sup yang aku tak pernah dengar dan aku tak tau camna rupa sup tu tapi not bad sedap gak. Nama depan yang aku ingat "baby.." 

Kat Seoul Garden ni , kita masuk kena bayar dulu dan barulah boleh duduk dan ambik makanan sesukahati. 
Price for adult sekepala is RM28 . Kalau bawak kad student dapat murah sikit. Lupa lak nak bawak. Kalau tak, hmmm berjimba lah kami dapat harga student. LOL 

Gambar selepas kenyang menjamu selera. Huu...Lama gak lah kami dok dalam restoren ni untuk masak dan makan. Dalam pukul 4 ptg - 6 ptg kami dok sini. Habis je, gi tambah, habis je gi tambah. 
Tapi ade yang lagi lama duduk dari pukul berapa tah sampai kami nak keluar pun orang tu tak kuar2 lagi. Ish..kuat makan btol ! :3 
.
.
.

Lepas magrib,  tak balik lagi ! Aku beli barang kat Watson dulu.
 Thiss!!  AHA+BHA Cleanser from Hadalabo. Yeah, hada labo dah jadi sebagai product kegemaran aku.
Toner aku pakai product Clinelle. Best toner tu takde alcohol dan sangat berkesan hilangkan parut bekas jerawat! Pencuci muka ni sangat soft and tighten. Baru Day 1 pakai. Lek luu..tak nampak perubahan lagi.
Btw, ramai reviewer kata tamagohada ni sangat best tapi dia tak berkesan sangat untuk hilangkan binting hitam. Alaaa..tu jelah disadvantage barang ni. Kalau dia letak apple beads ke mesti best ! Macam pencuci muka yang aku pakai sebelum ni from Clean & Clear. 
After gelong sana sini . XD what is gelong ? aku main campur aduk je bahasa utara ngn bahasa aku. Okey lantaklah...after that, kiteorang pegi tengok wayang cite Carrie. Huahaha...best bolehlaa... rating 3.5/5 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tadaaaaa Its todayyyy muka ku yang suci lagi mulus . * muntah hijau >p* 
I apply cleanser Hadalabo aha+bha 
Toner Clinelle blemish pores 
Mosturizer 3in1 Hadalabo Perfect Gel
*bersama Ami bucuk. My anak angkat*

0 lovely notes

Light Green Production

Monday, November 4, 2013 5:29 PM



Assalamualaikum ! Tadaaaa ni lah kiteorang punya video behind the scene. Full MTV pun dah upload. Boleh lah check kat youtube ye :) Kesukaran yang saya hadapi memang sangat sukar masa nak edit video . Aku terpaksa korban masa tidur, masa makan, masa hangout, masa dating semata-mata buat editing. Mesti korang akan kata ala senang je nih edit video ni, edit je la simple2 asalkan siap. Wehuuu....jenis aku tak boleh buat kerja cincai. Aku nak benda tu perfect jadi sesukar mana pun aku kena hadapi dan buat bagi yang terbaik.  Ni lah hasil penat lelah kami semua masa jalankan pengambaraan ini. 
much love 


Terima kasih banyak2 pada lecturer yang kami sayangi . Sir AO sebab banyak beri tunjuk ajar kat kiteorang semua. Tanpa Sir , mungkin tak jadi kot video kami nih. hihi.

0 lovely notes