Garfie pulang ke pangkuan keluarga

Friday, March 30, 2012 11:16 AM


Garfie pulang ke pangkuan keluarga

Macam yg sudah dikhabarkan, Garfie sudah pun pulang semula ke rumah dengan selamat pada 25 March lalu .
Garfie hilang pada 5 march ketika dia sedang keluar bersiar-siar . Dia telah diculik oleh sepasang suami isteri yg dikatakan pencinta kucing . Selama 3 minggu Garfie bersama pasangan tersebut dan pada hari Ahad lepas mereka telah mengembalikan Garfie pada keluarganya semula setelah terjumpa poster Garfie beserta alamat rumah tentang berita kehilangannya .
Garfie kelihatan sangat tenang dan gembira setelah pulang ke pangkuan keluarga tercinta.




0 lovely notes

Monday, March 26, 2012 12:19 AM


Lebih baik aku yang jatuh cinta pada seseorang tu daripada orang lain yg jatuh kepada aku .
Sebab biar semuanya aku yg tanggung . Kalau aku sakit , biar aku je rasa . Sememangnya perkara tu amat manis bagi aku . Cinta bertepuk sebelah tangan :) Biar aku seorang saja yg mengharap dan memang aku rahsiakan sedalam2nya sampailah perasaan yg sebenar aku tak boleh tahan lagi dan tunggu masa je barulah aku luahkan . Aku tak pernah letak harapan yg tinggi terhadap seseorang tu sebab aku ambil langkah berjaga-jaga takut diri ini KECEWA kalau cinta ditolak.

Sejak-sejak ni aku rasa macam something yg bakal berlaku dalam hidup aku tapi aku tak sure ape benda kah itu ?? Haaha !! Benda yg annoying kadang2 itulah yg buatkan kita rindu . Tapi aku tak berani terangkan sebab aku tak pasti . Kalau jantung aku berdegup kuat kencang gila2 haaa tu baru ade something yg .....hehehe :)




0 lovely notes

RESULT SPM 2011 :)

Wednesday, March 21, 2012 4:05 PM


Ni result SPM 2011 aku !
Hebat tak ? ade 3 butir A tau . HAHAHA
* bangge gile*
Paling aku tak sangka Akaun dan Addmath aku boleh pulak lulus .
Aku ingat dah kecundang dibawa arus dek kemalasanku -.-
Alhamdullilah...kalau orang tnya " hang dapat brape?" boleh lah jugak dgn relax nye aku jwb
" kawe ade 3A- mu ade ??" haha

Mase percubaan aku ade 2 gagal . Ade satu A je .
Time tu Abah mcm dah boleh agak result aku mesti down gila sebab percubaan pon tah pape tah.
Tapi tengok ! ternyata aku dapat result yg lebih baik dari percubaan punya ! Happy nye ~
Dengan bangga aku bleh tunjuk kat Abah ~ taraaaa....!

0 lovely notes

Hidden love :3

1:40 AM



Cinta pandang pertama kadang2 susah kita nak lupakan , betul tak ?
Macam aku pernah alaminya . Yup . Aku pernah jatuh cinta kali pertama masa darjah 4 dengan seorang budak lelaki yang tak berapa nak matang time tu . hahahaha!
Sampai darjah 6 , kiteorang dah tak contact lagi . Tak pernah jumpe lagi . Sampailah aku form 2 baru aku dapat borak ngn dia tu pun chat je . Ye aku akui memang aku gila sangat pada dia . Aku menangis hari-hari kalau teringat kat dia . Serius aku tak pernah rasa macam tu sebelum ni .

Tapi semuanya berakhir, aku dah tak taruh harapan lagi pada dia pada tahun 2008 . Tapi aku tak pernah berhenti berharap agar dapat jumpa dia kembali . Hehehe . Dan semuanya termakbul pada tahun ni 2012 . Early of February month , akhirnya dapat jugak aku jumpa dia AND GUESS WHAT, kiteorang kerja tempat yg sama :)
Tapi dah tak sama macam dulu, perasaan cinta aku pada dia dah takde sebab aku dah berhenti berharap . Hihihi... Tapi kan, aku suka usha dia . Ape je yg dia buat aku perhatikan je . Sampai aku ter-tiru cara dia . hahaha .

Baru aku perasan rambut dia panjang dah . Patutlah hari ni aku tengok dia hensem semacam je.
Hohohoh....*tah papetah*

0 lovely notes

Berat untuk terima ( reka sendiri )

Monday, March 19, 2012 12:15 AM


Ketika kurasa perih untuk bercinta
Dia datang mengaut hati ini
Aku tepiskan bayangmu dan terima hatinya
Walaupun hati ini berat untuk menerima
tetapi ku coba untuk setia
Jelasnya aku tidak mahu bercinta
Kerna hatinya bakal kuhiris tanpa kusedar

Namun, hatiku tetap ingin untuk mencintainya
dengan rela dan terbuka
Sekadar sementara
Tapi , setelah kuterbangun dari khayalan
Aku mahu dia
dan bukannnya sementara .

Tetap hati ini ragu
ku tak tahu berapa hatimu untukku
mungkin secebis padaku
mungkin semua untukku

Atau mungkin suatu ketika
aku akan menyepi kembali...........





0 lovely notes

Date with Riri

Friday, March 16, 2012 11:54 PM


On Thursday, I meet my Riri on third time .
First time mase kat Giant, sebelum aku masuk kerja .
Second time mase aku break dan dia datang teman aku makan :3




On thursday, aku dapat jumpa dia lame sikit ! Dapat borak banyak sikit, dapat jalan2 and paling best dapat makan same ! Huhu..guess kat mana kiteorang berjumpa dan makan2 ?
IOI mall je . Actually dah plan nak pegi KLCC dengan Izati dan Shahrul . Tapi last minute plak Abah tak kasi , serious sakit hati dan aku tahu aku dah menghampakan dorang berdua . Tapi takpelah, ada rezeki dapat jumpa dorang . So, aku cadang jumpa Riri je lah .
Riri is my boyfie yg aku knl dari fb . Even baru kenal tapi aku yakin dia baik . Kalau dia jahat, tau lah ape aku akan buat ;p hehe


Guess where ? Haha..Pizza kat IOI . Cantik siot tempat dia . * mcm jakun jap *
Last aku datang makan kt Pizza IOI ni tahun bile tah ngn family . Lepas wujudnya Pizza kat Giant trus kiteorg tak datang dah kat sini .

Mase ni aku nak ambik gambar ngn dia au tapi =='' mengelak plak .


Aku order Meal 1 set personal pizza hawaiian chicken dan air upgrade kepada mango tango . Actually aku nak strawberry yogurt tapi miss tu tak kasi plak tukar padahal harga same je . Kalau aku , customers mintak tukar aku kasi je . Biar customers puas hati nanti dapat tips lagi :3
Am I right ?
* dah banyak kali aku dapat duit poket customers bagi *
haa...terer tak aku tackle customers ? wekkk!!!

Kiteorg bukan berdua tau ! Kiteorg bertiga !
Lepas makan, kiteorang pun tengoklah cite Seefood .
hahaha ! best gile cite tuh . Kalau keluar kat tv for sure aku akan tengok lagi ~

=.= muke aku je ada kat sini . gahhh!
.
.
^^ Seronok dapat jmpe Riri atau name sebenarnya Nazri .
Mase nak balik tu aku rasa mcm tak nak balik lagi T^T uhukk..
Maybe next time ada hari dapat jumpa lagi :)

0 lovely notes

Wednesday, March 14, 2012 11:16 PM


Last minute ! Perghh...mmg kelam kabut aku .
Esok Khamis 14 march 2012 . Aku ade date ngn my RIRI, IZATI and SHAHRUL .
Kiteorg plan dari minggu lepas lagi , tapi rasa mcm cepat sgt masa bergerak. tuptup..esok tarikh yg dijanjikan . Perghh....sekarang, aku tak taulah sape yg tak boleh tido mlm ni . Aku rasa aku kot sebab aku ni cepat nervous klu ade sesuatu yg excited gila keesokkan hari . Confirm mlm ni tido aku tak lena lepas tu besok bangun pagi mata jadi PANDA . hmm...mmg hodoh gila. ==''

Serious tak sabar2 nak jumpa Riri and Izati and Shahrul .
Tadi tgh hari Riri datang :3 Aku rasa cam tak percaya semua ni mcm mimpi je .
* jumpa ngn orang yg tak pernah jumpa mmg tercengang lah *
Tadi aku happy gile sampai takbleh control gelak ==, tah papetah...wat malu je.
Masa aku break tadi dia sanggup datang au teman aku :') so sweet~
Pastu dapat borak2 sikit , so nervous aku dh kurang lah berbanding tgh hri td . Agaknya esok aku dh boleh control diri aku dah :)
Hope tomorrow will be the special day <3


0 lovely notes