Happy 2016 !

Saturday, January 2, 2016 1:35 AM ♥


Alhamdulillah dah masuk tahun baru 2016 ! Bermulalah alkisah baru tahun ni....demm aku dah 22 tahun feeling so old now. Banyak sebenarnya memory yang sangat bermakna pada tahun 2015. Terlalu banyak. Akan aku kenang semua memori yang indah2 tu sampai bila2. Yang tak berapa nak indah tu lama2 akan pudar sendiri dan akhirnya aku lupa ingatan pasal memori tu..erkkk...

My life ?

Demm so much fun and i'm happier girl ! Lol. Hidup aku sepanjang tahun 2015 banyak benda yg happy2 dan sangat mencabar. Itulah tahun aku melangkah ke alam dewasa sepenuhnya. Aku dah tamatkan zaman diploma dengan jayanya dan alhamdulillah my pointer dapat cgpa 3.36 !! Then lepas tamat je belajar bulan June terus aku berusaha cari kerja! Cari dan terus mencari.....dekat jobstreet berpuluh2 resume aku hantar, aku minta semua kerja berkenaan designing sebenarnya....then yang panggil interview 1 company jek. . Hmm masa nak interview tu aku tak practice apa2 pun..redah je apa yg dia nak tanya. Hahah okey sangat kekok masa interview orang tu tanya "Tell us about yourself" ....dan aku pergi cerita yang aku dulu sekolah dekat mana, kolej dekat mana, duduk dekat mana, adik beradik 3 orang zzZ ape benda tah merapu time tu....... ouh ha company tu tak tahu la nama apa tapi yg pasti dia jual produk kesihatan. Dia banyak tanya aku pasal business sebenarnya haha lepas aku bagitau yang aku ada buat kerja partime online....pergh depa berminat dan terus minta instagram kedai aku dan depa macam kagum la dengan budak ni. *ceittt*
Aku reda 1st interview aku tak dipanggil pun lagipun aku tak berharap pun dapat sebab tengok cam tak best je tempat tu. Dah la position yang aku apply tu advance sangat! 'Social web design'. Gaji 2k . Move on.........aku apply satu kerja ni dekat Maukerja. Baca dia punya description pun dah seronok haha...nak apply kena whatsapp person in charge tu je so aku whatsapp le....wkwk sepanjang dok chat2 tu rupanya2 tengah interview. Best giler interview kat whatsapp je takdelah aku nervous sangat. Tup..tup..tup dapat email dari dia suruh datang tarikh sekian sekian untuk briefing... okeylah tiba harinya aku pergi. Ada 3 orang je masa tu semua perempuan dan dua2 tu ada degree. Tetiba aku rasa rendahnya aku. Yg tengah bagi briefing tu aku ingat assistant bos ke apa rupa2nya dia la bos utk syarikat tu. Demm so young duh bos tu.
Tawaran dia menarik, ada 2 pilihan nak kerja from home atau kerja dekat office 3 hari. Tapi dia nak sorang je kerja dekat office tu. Gaji untuk 2 tawaran tu berbeza. Then lepas briefing pasal web design ni macam mana dan etc...etc.....dia suruh balik dan bagi jawapan before end of July. *masa tu pertengahan July
Aku balik dan bincang dengan parents la, esok tu aku terus bagi jawapan yg aku nak kerja dekat office! Yey then terus dia suruh masuk kerja minggu depan sebagai trainer utk 3 bulan. Simple as that?

Huhu...till now aku masih under company tu dan Alhamdulillah rezeki aku jumpa dia....and now imma happy girl ! Dia cakap dia tak pandang pun orang ada degree ke master ke, yang dia pandang orang tu boleh buat kerja atau tak. So, gaji dia tak bayar ikut diploma atau degree pun. Dari company tu kecik sampai sekarang dah besar dah aku tetap setia selagi gaji aku dibayar dan suasana yang sangat freedom. Aku ada ajak member2 sape nak kerja sekali tapi diorang ada masalah tempat tinggal dan transport pulak..hurmm dan akhirnya aku offers dekat my edy dan yeap takde interview2 pun terus dia fly ke KL dari Kedah dan masuk kerja. Cuma aku irihati sikit sebab gaji dia tinggi masa training kalah aku. Heheh *takk..jgn simpan dlm hati

Tahun ni kalau ada jodoh lagi, kita stay okey💕



♥ 0 lovely notes

Result Sem 6

Thursday, July 2, 2015 1:16 AM ♥


Assalam.

Hihi ada orang tu asyik tertanya-tanya nape kite dah lama tak update blog. Well, takde siapa nak baca pun tulis panjang2 cuma untuk diri sendiri..kadang2 rasa emosi terlebih baru idea mencurah2 datang luahkan dekat sini. Benda happy tak nak pulak share....
Oh haaaa.....
NOW I'M OFFICIALLY EX-STUDENT KPTM IPOH. Selama 3 tahun belajar dekat Ipoh, Alhamdulillah dah tamat dengan jayanya tanpa repeat paper ! Result akhir pun dah keluar, sekarang tunggu nak pakai baju Harry potter dan baling topi tu pastu jumpa kawan2 nak selfie sesama pastu buat caption sedih2...haha. Paling penting transkrip tuh!! sebagai bukti aku ni dah habis belajar. Dengan transkrip tu aku boleh buat permohonan pengurangan bayaran balik Mara. 
My Result Semester 6? 
A- Effective communication strategies 
A  Interface & Information Design
A- Multimedia Project
GPA 3.770 & CGPA 3.350
Aku rasa sampai disini saja perjuangan aku  belajar dekat kolej. Cukuplah dengan pegang DIPLOMA in Multimedia. Dulu pernah niat nak sambung Degree tapi memandangkan ekonomi kita sekarang tah hape2 so...better aku kerja dari sekarang. Kumpul pengalaman. Pengalaman ni yang aku akan bawa untuk future. So, for now alhamdulillah...separuh bulan tanam buah strawberry akhirnya aku dah dapat kerja. Tercapai juga hajat nak jadi Web designer. Haha.... yeahhh sgt tak percaya aku seorang designer . Tapi bukan kerja tetap la...aku apply kerja ni sbg student je. So status aku Student of web designer.

Pasal gaji ? hmm...tak kisah sangat sebab aku pun fresh graduate lagi...company mana nak bayar 3K untuk budak Diploma yg fresh takda experience langsung cam aku ni? Setakat tengok projek akhir sem 6 pastu dalam resume tulis expert in dreamweaver n programming...cehh dorang percaya ke ? Bos sendiri cakap kami tak kisah pun korang punya skills yang penting speed. Kalau buat kerja slow macam mana bussiness nak maju. Hahaha... terus terang gaji permulaan aku dia nak bayar RM1,5k je. Quite cheap for designer la....bos sendiri cakap dkt aku "You sure nak kerja fulltime dkt sini? Gaji murah oww" 

Oh ha kat sini pun dia tak kisah hang ada degree ke sijil ke apa...permulaan gaji RM1,5k jugak untuk student fulltime. Kalau partime depends, start Rm500 - 1.5k dia bayar ikut keje kita buat dan speed kita siapkan kerja. Partime tu kerja kat rumah je. 2 hari je perlu dtg office utk briefing pastu 3 hari dok rumah siapkan design. Aku pilih fulltime sebab aku tau aku ni tak berdisiplin punya orang, lembab dan takda workspace yg sesuai nak buat kerja. Atleast dalam office, rasa suasana kerja tu..pastu kita akan siapkan secepat mungkin sebelum nak balik rumah. hahaha seee~

Okelah sembang lain hari pula insyallah....mata kuyu dah ni, yang si dia skrg tgh syok layan cite Age of Adeline... Aku nak tidor . Good night! Rindu awak..... Nak kawin tapi masih takda duit yg kukuh untuk kita bina mahligai. Saya tunggu awak ya . Sama2 kita berusaha .







♥ 0 lovely notes

Sistem dalam badan berubah

Wednesday, February 18, 2015 9:54 PM ♥


Hmm dari semalam aku makan termenung, kadang sebak depan rezeki nak nangis. Makan takda perasaan walaupun lapar, lapar tapi tak tahu nak makan apa...
Ahh menda nih.

Nak tidur, takleh lena langsung fikir tu fikir ni, air mata tiba2 ngalir. Tidur pun sebab tertidur dengar lagu. Tengah tidur pun meracau mimpi dia, mimpi orang tu orang ni. Kenapa macam ni? Dah cuba cool down bukannya ada apa2 pun.
Time mandi boleh pulak lupa dah berus gigi ke belum dah cuci muka ke belum. Sampai bakul baju kotor pun dah tak ingat dekat mana. Puas cari bakul tu. Mama cakap aku ni macam bertahun tak balik rumah dah lupa suma benda.
Jam dinding yang dah bertahun memang takda jarum bergerak tu pun aku boleh lupa. Tanya asya tadi, asya kenapa jam tak bergerak? Dah rosak ke? Asya dan mama dah pelik tengok aku. Mama cakap jam tu memang takda jarum. Asya lak gelak je -,-
Ahhhhh kenapa dgn aku nii.......

Sistem badan dah tak betul kot.
Ya Allah seminggu ni aku rasa lama sangat.....kenapa rasa macam forever aku kat sini. Rasa macam tak dapat jumpa dia lagi :(


♥ 0 lovely notes

Latest me

Monday, February 16, 2015 1:20 AM ♥


As salam, 
16 Feb 2015
Tak sangka cepatnya masa berlalu. Dah masuk 2015. Alhamdulillah....syukur atas segalanya.

Aku kalau berblog mesti ada something yg aku nak luah. Tahh malam ni rasa lain macam....sedih sakit sume ada rasa.
Aku ada stalk someone dan yeah aku dapat control la jeles tu. Tak jeles pun sebenarnya....tapi... sakit. Hm sakitnya taklah teramat sakit pun...tapi luka gak la hati ni. Even benda lama yg aku stalk. Ehhh takda laaa lama sangat.
(Bulan 8 2014) Apa yg aku stalk? Rahsia.

Aku takkan salahkan dia atau sesiapa. Aku akan salahkan diri sendiri. Tahun ni aku kena teruskan utk berubah kearah lebih professional. Tapi suatu hari nanti kalau aku terlebih matang kang cepat pulak nampak tua....hmmmmm....
So daripada pengalaman member2 aku dan pengalaman aku sendiri pun, so better aku berhati2. Jangan letakkan 100 peratus kepercayaan pd seseorang walau kita kenal dia mcm mne sekalipun. Manusia cepat berubah.......noted.
Well said, aku akan sayang dia sampai bila2. Biarlah dia nak buang aku pun atau rahsiakan sesuatu ke.... aku dah bersedia.


♥ 0 lovely notes

NEW 2015

Friday, January 2, 2015 2:48 AM ♥



NEW YEAR 2015 

Yeah dah masuk tahun baru dan unofficially umur aku belum 21 tahun ya.
Hahahaha tolonglah stay umur 20.
Aku suka umur ni. Macam tengah2 antara budak & dewasa. Hurm...
Well, tahun baru tak semestinya semua azam kena baru. Masih ada lagi baki azam tertunggak masa 2014 yang tak sempat nak kabulkan. Tapi apa ?


Hmm.....Dengan takdir Allah, beberapa minggu lepas satu2 kawasan dekat arah pantai timur tu dilanda banjir termasuk lah kawasan rumah sedara mara aku dekat Kelantan tu. Mula2 diorang kata hujan tak berhenti ni. Tak sangka beberapa hari lepas tu banjir teruk melanda lagi2 Kuala Krai . Dorang hantar gambar banjir dekat sana.. mula tu ingat banjir biasa tapi bila tengok KB mall tu dah separuh air naik pergh....ni bukan biasa2 punya banjir. Lagi2 tengok Tesco dah cecah bangunan. Perghhh makin takut aku. Hari demi hari makin teruk, sampai...Ya Allah tak tau nak kata. Tengok berita kat TV3 pun dah meremang bulu roma. Bila tengok gambar, dah macam tsunami melanda. Seluruh kawasan dah penuh dgn banjir sampai rumah nampak bumbung je.

Selang beberapa hari tu pasal kapal terbang Air Asia QZ8501 yg bawa penumpang dari surabaya nak ke singapore terhempas pulak. Aduhh lagi seriau.....aku tumpang simpati atas apa yang terjadi. Apa2 pun semua tu kuasa Tuhan. Kita tak dapat nak melawan takdir . Mungkin disetiap ujian tu ada terselit hikmahnya. Ada banyak sebab kenapa dan mengapa Allah turunkan setiap musibah2 tersebut.

Syukur Alhamdulillah, Allah lindungi kami. Allah lindungi semua ahli keluargaku, saudara mara ku, orang2 yang aku sayang....Semoga tahun 2015 membawa sinar baru untuk semua. Aku berharap sangat semua orang sedar tentang apa yang berlaku hari ini dan berubah untuk masa hadapan. Maksud aku, sayangilah alam sekitar. Bencana ni salah satu faktor terjadinya banjir pun adalah disebabkan kita sendiri. 
* banyak lagi kalau aku nak ulas pasal ni tapi takpelah memandangkan dah lewat malam aku berjaga ni, baik tidur untuk mulakan hari esok dengan semangat yang lagi kental.


Takziah buat semua mangsa bencana banjir & ahli keluarga Air Asia QZ8501.



♥ 0 lovely notes

Terobek phone terpakai

Thursday, December 11, 2014 10:25 AM ♥



Kobek2 almari terjumpa la harta karun ni. 
Dari kiri phone Asus paling the best sepanjang aku guna wlopun xpernah ada simcard 2007- 2009. Haha camera & storage buh lagu pun dah memadai.

Sony pinky, (2010-2012) phone paling comel pernah aku ada. Hikk my Abah belikan time form 4 sebab yelaa susah nk contact bile kuar rmh, time tu asyik pakai public fon je.

Tooky greenish, paling unik! Beli online guna duit first gaji. (2012-2013) my first android phone. Camera dpn xcantik & internal storage kecik..

Huawei G600, hadiah birthday dari my Abah (2013-2014). Phone paling syg, byk gila memory dlm ni lagi2 gambar beribu dgn kwn2. Camera  sgt cantik! Tp syg xleh cpt panas nti reboot sendiri.

And finally, from my Abah too...Lenovo Vibe K910. Setakat ni guna no problem. Heeee..

♥ 0 lovely notes

Aku tak kuat tapi tak lemah

Sunday, November 30, 2014 2:01 AM ♥


As salam,
Aku tak tahu apa nak taip tapi apa yg pasti dari hati. Apa yang aku rasa skrg.
On the phone dgn Ted  kelmarin 29 Nov tengah malam. Pukul berapa tah dia call 1 lebih camtu la tapi aku gigihkan mata juga supaya tak terlelap. Aku nak sgt dgr suara dia. Ok....tengah borak sembang2 tu.... dia bertanyakan soalan yg membuatkan aku tak terkata.

"Bie nk ada bini no2 boleh?"
"Tira nk jd bini no1 ke no2?"
"Tira kasi bie kawin lagi nti ?"
"Knp tak kasi bie kawin lagi?"

Alasannya : "nak kembangkan keluarga jadi ramai dan bahagia"
Soalan yg memang nak bagi kaki la kalau dia tanya soalan tu  lepas kami kahwin. Hahahah.. tapi...dlm gelak tawa aku.... dan nmpk mcm aku ambil tak kisah pun benda tu tapi...jauh disudut hati mmg aku ambil perkara tu serius sebab aku takut.. aku tak kuat kalau realiti terjadi pada diri ni.
Pompuan mana sanggup berkongsi kasih walaupun madu tu adalah kawan baik sendiri.... macam2 mana pun mesti salah seorang akan terasa dan mesti akan ada perasaan yang disorok. Lelaki ape tahu. -,,-

Tapi lepas dia cakap macam tu.....
*well ni bukan kali pertama kami borak pasal ni* aku rasa macam Ya Allah lemahnya aku. Cakap bukan main eksyen ye2 je okey padahal layu ibarat bunga bertembung malam hahaha.. 

Aku dah rasa macam tak yakin dia milik aku sorang. Mcm mne tah rasa....sedih la. Sedih do.......terfikit gak... "tak cukup ke lagi apa yg ada kt diri ni? Ape yg kurang sampai fikir nak ada org lain?"
Well...mmg betul kita bercinta ngn sesiapa pun jangan letak harapan tinggi sgt. Jgn letak sepenuh kepercayaan pada dia. Silap haribulan diri sendiri kecewa. Aku tak sanggup dah rasa kecewa berpisah dengan orang yang aku syg.  Rasa mcm what the hellfishmannnn!!!! Hmm...... lelaki bila2 masa boleh berubah.


♥ 0 lovely notes

♡