Result semester 4

Wednesday, June 25, 2014 6:23 PM ♥


Hari isnin 23 June 2014 Kptm Ipoh keluarkan semua result. Dan aku dengan gelojohnya bukak la cms tempat untuk check result tu, masa tu pkul 2 petang. Hampaaaaaa....result tak kuar lagi. Semua kecewa dan masih menanti dengan penuh debaran . Tunggu punya tunggu dari pukul 12 tengah hari aku dok depan lappy buat artwork sikit guna photoshop.....pukul 6 suku aku saja la check cms..yelaa mane la tau result dah keluar ke...last check pukul 5 tapi still kosong. Masa tengah check tu.......aku terus terpandang DEAN'S LIST. What ?? jap jap...check lagi. Kelip kelip mata sambil dekatkan muka aku depan lappy. Biar betul ? Dalam hati aku cakap. Tengok gpa 3.54 . Ahakss! Sikit je pointer dah masuk dalam 'golongan dekan'. Alhamdulillah...aku masa tu tak tahu nak cakap macam mana. Nak jerit suara tak kuar.. lastly aku menangis pastu masa tu Mama ada la depan aku dengan Cik Nurul baru balik kerja nak ambik anaknya.

Mama tanya "kaklong kenapa?? kenapa nangis nih?"
*aku tengah berguling cam tenggiling masa tu sambil cakap alhamdulillah tak putus2* 
"kaklong dean list......*suara slow*"
Mama : Ha ? gapo ?
" kaklong dapat dekan....*nangis*"
Mama dengan Cik Nurul ucap tahniah kat aku. Hehehe.... mama pun cakap "alhamdulillah dapat la jugak dekan haritu dok berharap nak dekan kan..ha tu dapat dah."


Tak banyak pun...dapat lepas sikit je..yeay! Bersyukur sangat aku dah lepas. Fuu...Same goes to Edy, 
dia tinggi sikit dari aku. Dia pun tak sangka boleh capai tahap ni. Betul lah kan bila kita sentiasa berdoa dan berusaha apa yang kita impikan pasti jadi kenyataan. Kami berdua selalu cakap nak dekan sama2. Hehe rasanya lebih 40 kali...lastly yeay !



We did it !! Congrats sayang. Pada geng2 aku, congrats jugak ! sebab sem ni korang meningkat terlalu drastik . Sikit je lagi nak boleh lepas 3.5 tu ...sebabkan ada satu C tu yang menganggu result kalau tak kita dah boleh rasa benda ni sama2 ! Terima kasih kawan2 selalu ada bersama tika senang dan susah dan buat kerja gila sama2. hahaha sayang korang so much la !!





♥ 0 lovely notes

Final Project

Wednesday, May 21, 2014 5:02 PM ♥


Ini lah rupa final project Web Application yang aku buat. Sebenarnya 3 orang satu group. 
Tapi dari built the frame dan database sumanya aku buat, yang lain cuma membantu saja.
Masa presentation aku sangat hampa sebab database aku ada jadi ada yang tak.
Sedih gilaaa...dah la satu malam before presentation tu tak tidur. Pagi tu pulak ada kelas. 
Masa tak cukup . Padan muka aku buat kerja last minutes camni la jadinya.

Tadaaa...yang ni akhirnya dah jadi tapi lepas presentation aku cuba adjust balik.

Software : Adobe Dreamweaver utk nak masukkan database,
notepad utk bina rangka. Html & css aku guna dalam notepad juga.


-Bakery Hunt-


This is individual final project Interactive Multimedia Authoring. 



Haa benda ni aku suka sikit sebab melibatkan animation. 
Software : Adobe Director dan script guna Lingo.

Interface menu button. Heheh gambar ni bukan buat sendiri pun. 
Bila click button kuning yang muncul, nanti masuk ke next page.


Ni page game.  Cari benda tersembunyi . 



Ini page quiz. Kena baca cerita dulu baru boleh jawab quiz. Huhu


Tuesday 20 MAY 2014 : (Done) Final exam paper Communication in an IT Environment
Friday    23 MAY 2014 : Digital Animation
Monday 26 MAY 2014 : Internet Programming


♥ 0 lovely notes

April memories

Saturday, May 3, 2014 4:42 PM ♥


It's MAY . 

Ehh aku terlepas entry untuk bulan April ? sigh....memang selalu terjadi. Ouh ya memang bulan April bulan sakit gila ! You know what...assignment, project, presentation and so on semua berlangsung bulan April. Bertubi-tubi pulak tu kerja. Stress !

Yeah, Sekarang tengah focus buat Project akhir Digital Animation. Last submit sepatutnya 2 May hari Jumaat. Tapi memandangkan tak siap lagi so delay hari isnin je lah. Takpee lecturer baik. hehe..
Benda ni sebenarnya projek grouping...4 org. Before buat animation ni, memang banyak kerja gak la yang melibatkan kertas2 termasuk lakar storyboard, character, mewarna dan sebagainyalah ! Berdasarkan storyboard, terhasil la animation ini.  Ouh ya projek ni bertajuk Commercial animation. We choose Whiskas because we love cats. hehehe.



Dan dalam sepanjang bulan April memang kerap aku buat 'date' dengan my kekasih hati. 
Tapi bukan date sekadar hangout, makan2 dan bersuka ria.... Kami buat assignment sesama dan banyak berkongsi maklumat pasal pelajaran. *ecehhh Alaaa kiranya sambil menyelam minum air. kuikuikui...  * pic kemudian. phone stuck plak deh *




Dan semalam , 3 May aku ajak dia tengok wayang cite The Amazing Spiderman. Hehe actually aku dan member dah ada pasangan dan memang dah rancang nak keluar sama beramai2 bersama pasangan masing2. 
Kiranya malam tu hari tanpa assignment !! 

Hey dey, I love so much and don't ever ever ever suruh I pergi jauh suruh cari orang lain. I tak pandang harta or rupa pun jadi tak kisahlah you tu senang ke susah yang penting i love you sebab you macam lain sikit dari lelaki yg pernah i kenal. hoho... Apa yg kita pikir dan berangan mesti sama.  Sebab tu la sayang sangat kat awok ni... 












♥ 0 lovely notes

MAC love

Friday, March 28, 2014 11:04 PM ♥


As salam. Hi March ! My favourite month of the year~ 
Haha nak habis dah mac dan umurku makin menghampiri 20 tahun.
Yeay ! Dah dewasa dan tak lama lagi nak kahwin. *gatai 


Err tak tau nak berceloteh pasal apa. Bosan sebenarnya ni . 
Takpalah. Nak cakap pasal my si comel  ehh boyfriend. Hehe.
I love you laaaaaa. Love you so much. *gedikgedikgedik*

Hurm. Nak cakap pasal kahwin. Memang kalau boleh aku nak kahwin awal. 
Er janganlah anggap aku ni miang. Aku cuma nak lindung diri aku. 
Aku nak menghindari diri aku dari kemaksiatan. Aku tak nak "couple" secara tah sah.
Aku nak lelaki yang halal buat menemani aku sepanjang hari.
Tapi....
Aku student dan aku tau parents mana nak benarkan anak dia kahwin masa belajar dengan hutang pelajaran tak lepas bayor lagi. Semua benda parents yang tanggung. Hurmm.. aku pernah terfikir untuk nikah gantung. Tapi macam beban ja. Kesian la nanti suami aku .
Dan apa kata parents kalau tetiba aku ajukan soalan ni 

" ...kaklong nak nikahlah ma " 
dengan siapa
"dengan tutt......" 
mesti dah apa2 ni kan ??


I know that even aku tak pernah lagi tanya. 
Aku cuma pernah buat2 tanya dekat mama apa maksud nikah gantung dan boleh ke nikah camtu ? 
Macam yang aku pikir...my mom said " gatal kahwin awal belajar tak habis lagi. "

Aku stop perbualan dan haih mcm takda harapan. Nampak gayanya umur aku 28 keatas kot kahwin . Even tak rela . Yela kami dua sama2 belajar sama2 ada hutang pelajaran. Masih tak ada pendapatan sendiri. Takpalah ada jodoh tak kemana. Macam2 mana pun aku akan setia pada sorang. Datanglah lelaki sekacak mana pun sekaya mana pun. Aku tetap tunggu Teddy aku. Sebabnya dia terlalu baik...dia terlalu...haih aku tak tau nak describe macam mana. I adore him ! Aku akan menyesal kalau aku tinggal dia. Kami tak pernah berjanji akan setia or kahwin . Cuma berharap. Dia pun tak pernah kongkong aku, tak pernah halang aku kawan dengan sesiapa dan tak pernah kacau life aku . Apa yang tak kena dia tegur dan apa yg dia pernah buat itulah yg membuatkan aku makin sayang. Like I said, he is not like the others man yang pernah aku jumpa. Rasanya banyak kali aku cakap macam ni kat memana. Haha . 

Err tu je kot. Bosan ni... byeee!



♥ 0 lovely notes

That girl

Thursday, February 20, 2014 12:01 AM ♥


As salam and hye ! Okey tetiba aku punya mood nak menaip so aku mulakan dengan bismillah...mohon entry kali ni janganlah sesiapa yang kecik hati dengan apa yang aku luahkan. Aku nak cakap pasal someone. Bukan nak kutuk dia ke apa. Aku just bangga dengan dia dan aku suka perempuan macam dia.

Aku tak kenal dia pun sebelum ni just selalu terserempak dan senyum2 bila bersemuka. Dulu aku tak tau apa punca ramai tak suka dia tapi aku tengok dia okey je cuma nampak cam tomboy sikit but its okey she look so cute.  Ni bukan perli eh. Memang dia ramai kawan lelaki dan aku tau dengan siapa yang dia selalu dekat. Kadang2 orang salah anggap kata dia gedik la ape sebab dia tak bergaul sangat dgn budak perempuan. Dia banyak buat hal dia je. Dia kawan dengan bdk2 laki . Well, aku tak kenal dia sebab aku tak rapat dengan dia tapi dia peramah. Aku rasa dia tak gedik cuma memang itu cara dia, macam agak tomboy tapi girl-ish. haha...She cute . Serious talk.

Pernah member2 cucuk aku kata dia menggedik ngn pakwe orang. Haha...aku tak percaya pun sebab kita sendiri tak kenal dia, memandai je buat fitnah. Sebab apa aku tak percaya sebab aku dapat rasa apa yang dia rasa. Sebab aku pernah jadi macam dia dulu. Takde kawan perempuan yang rapat ngn aku. Yang ada kawan2 lelaki. Bila kita masuk dalam group perempuan yang kita tak rapat rasa janggal dan pelik.

Well, aku taknak la mention siapa . Biarlah rahsia tersimpan dalam blog ni.
 Sesiapa saja yang baca yang rasa diri dia mesti akan terasa. Well , good night ! 

♥ 0 lovely notes

Personaliti kami melalui jenis darah :)

Saturday, February 8, 2014 6:09 PM ♥


My name Nur Atirah and my blood type is AB . I have a cute personality <3  Haha perasan comel. Tapi bukan aku kata aku comel tapi orang yang berdarah AB memang personaliti dia lucu. Contohnya, my mum.
Mama pun berdarah AB dan kadang2 cara dia bercakap, bergurau senda ke, bergelak tawa lucu dan comel tanpa dia perasan . Aku dan adik2 selalunya akan gelak je.



DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap
menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.

Kekasihku namanya Nor Hadhari. Memang seorang yang penyabar dan kuat tak mudah mengalah. Mungkin ada lagi benda yang aku tak tahu pasal dia sebab we are not married yet.  Tapi bila aku dengan dia, aku rasa tenang dan senang . Buat kerja sesama pun takde masalah kiranya senang bekerjasama. Kadang2 dia lucu jugak dan sentiasa buat aku tersenyum dan tergelak :D


DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri.
Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.
Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri.
Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.









♥ 0 lovely notes

1 Feb dengan sayang

Sunday, February 2, 2014 1:54 AM ♥


I'm happy because my tummy happy ! 
Hi . ini si comel saya nama dia Kang Gary. Berusia 2 bulan. Kuat menyusu dia ni !! 
Cepat betul membesar, haritu tengok kecik tapak tangan je, jalan pun terkedek-kedek, nangis je memanjang. Sekarang Gary dah meningkat nak ke alam remaja dan tak lama lagi jadi ibu :)



Sabtu. 1 Feb. 1 tgh hari.
Keluar dengan si comel sorang lagi ni. ( jgn nk perasan comel eh )
Cadangnya nak ke Teluk Batik, aku dah packing baju untuk nak terjun laut..haha tetiba tak jadi sebabnya, kami ke Jusco Kinta nak pegi makan kat Seoul Garden dengan member2 dia sekali. Plan nye lepas makan terus gerak ke pantai. Tapi hampir sejam dua lebih menunggu member2 dia mai lambat jadi terpaksa batal sajalah niat ke Teluk Batik dan habiskan masa kaut makanan kat Seoul Garden neh..

omnomnomnomnomnom!!!
Price adult for 1 person Dinner time RM38.99 (tak silap ah)

Dinner set start from 4pm 
Aghhh!!! Tadi sorang kena RM45 ( termasuk air) 
Kesemua tadi 7 orang. 

You know what !!! Selama sejam dua lebih tuhhh kami dua dok perhatikan orang lalu lalang ja naik turun tangga. Kami dok betul2 depan tangga arah nak ke Arena medan selera. Terasa macam tontonan umum. Tapi takpaa kami takda menggedik tak duduk rapat pun takda gaya menggoda pun dari aku. Hahah...Gila la macam semut hari ni ! Ramai sangatnya manusiaaa pening kepala kami. Pastu disebabkan kami dua boring menunggu budak2 lain tak datang lagi, kami judge setiap orang yang lalu lalang tu. Kahkahkah...macam kami ni perfect sangat je -.- Macam2 style yang kami tengok. Ade budak yang baru nak up ( bak kata Edy ) , ada budak bajet2 hot , ada manusia terseksa tak cukup kain nak cover body, ada yang jalan sensorang dari jauh nampak kasut dia ja sebab warna floresent orange. Kahkhakah!! Kelakarlah.... pastu ada yg pakai cantik2 Edy puji dan suruh aku pakai macam tu jugak . Hikk ! 


Lepas makan, kami semua pegi main arcade game. 
.
.
.
Oh yaa lama aku tak buat review. Tadaaaaaaaa! This facial wash will be my favourite item !!
Weyh...serious best gila pakai pencuci muka ni. Yang aku pakai ni lemon. Sebab apa best ? Bila bangun pagi aku cuci muka guna ni terus muka aku jadi lembut selembutnya macam...macam tak rasa pipi lembut sangat hahaha! 
Dan kadang2 aku keluar dah jarang pakai makeup. Kadang2 tak touch up apa pun. 
Macam tadi aku keluar dari pukul 1, keluar pakailah makeup ngn pakai blusher sikit 
( nak suh edy puji la sikit tapi dia tak puji langsung . lol ) Lepas solat zohor aku tak pakai bedak ke apa sebabnya bedak tertinggal. Huaa aku rasa tak confident takut muka berminyak nanti. Lepas je solat lepak balik ngn edy. Lamaaaaaaaaaaaaa kemudian aku baru tanya dia, 
" nampak pucat tak muka tak pakai bedak ?" 
Dia kata "Tak" 
Hoyeyh!!!!!!!  Hahaha padahal dia kata tu je pun . Wat trok ! 

Alhamdulillah....sebelum ni aku guna clean & clear apple beads muka memang lembut tapi kadang2 jadi kering sebabkan beads tuh. Blackhead kurang. Now, aku dah stop guna tu dan try guna ni...alhamdulillah makin elok mukaku ini~ jerawat pun dah tak naik2 pon. Hormon dah normal agaknya..maklumlah dah berumo 20 tahun. *ngeh ngeh*








♥ 0 lovely notes

♡