Pujaan hati

Friday, November 22, 2013 1:30 AM ♥


As salam! 
Hikkk i'm soo in happy mood now. Yelah mana tak happy nye dh kena "pujuk" ngn tersayang.
Aku deactive fb, off whatsapp utk satu hari dan tak text dia pun semalaman. Merajuk kononlah.. hehe
Tapi tadi ptg  aku baru bukak whatsapp dan dia terus ajak jumpa mlm ni. Aku kata tak nak dan bagi alasan busy sebab tak nak jumpa (ego konon) haha tapi aku accept gak utk jumpa dia.
Masa dlm kete aku diam je. Dia pun diam dan ckp sikit2 je...tetiba dia bwk aku gi tmpt makan. Sushi!! yeyey! Kat situlah aku luahkan ape yg aku tak puas hati selepas disoal kenapa merajuk tetiba.. tak romantik tapi sweet!  Haha.. okeylahhhh lain kali Tira takkan merajuk tanpa sbb dah.. sebab dia pun tak suka aku merajuk tanpa sebab ni lainlah kalau dia buat salah.



Bie nak kita jadi profesional dan matang dalam hubungan. Tak seronoklah kalau Tira selalu merajuk dan bie taktau pulak .. bukannya nak bgitau. Lain kali bagitau kalau tengah merajuk ke atau ade benda tak puas hati tau !?  Cuba bagitahu apa yg bie dah buat ? 

aku hanya errrrrrrrr......... takde sebenarnya.

Sayang, terima kasih sebab jaga tira sebaik mungkin sepanjang Tira kat Ipoh ni 
dan terima kasih banyak2 for sushii!!!!!!

*ber-photo lepas kenyang ngap sushi *

Nah..saja tunjuk gmbr nak bagi hangpa teliuq ngn makanan jepun nie! hehe

♥ 0 lovely notes

20 NOV 2013

Wednesday, November 20, 2013 11:47 PM ♥


20 NOV 2013

Perasan tak saya layan awak macam nak tak nak je ? 
Perasan tapi awak still buat donno je. Awak biarkan macam tu je walaupun awak tahu saya dah lain. 
Bagi awak, bila saya gembira, saya dah senyum dan tingkah laku saya mcm biasa awak anggap
 " okey she is fine now " 

Tak perasan ? Fine . Saya tak salahkan awak pun. Awak bukannya buat jahat kat saya. Awak bukannya marah saya atau sakitkan hati saya pun. Awak cuma buat saya sedikit kecewa.  Bukan sebab awak curang atau papejelahh yang nampak mcm awak jahat ! semua tu tak . Awak sangat baik. Yeap...betul ! 
Diri sendiri patut disalahkan sebenarnya. Saya pun tak tahu kenapa tetiba saya nak salahkan awak. 
Ego mungkin.  hahahaha.... sebelum ni pernah gak saya rasa macam ni tapi saya buang rasa tu jauh-jauh. Tolak ego saya ketepi dan dahulukan awak dan segalanya awak. 
Tapi kali ni .....................................

Saya cuma nak tengok sejauh mana awak boleh bertahan . Maaf saya selalu pysco awak . 
Kalau tak mampu nak bertahan dengan semua ni ,
awak pergilah....
sebab apa yang saya buat ni memang membebankan dan buat awak stress. 

♥ 0 lovely notes

In Final exam weeks for Sem3 :)

Wednesday, November 13, 2013 6:28 PM ♥


Assalamualaikum semua !
Alhamdulillah... dah boleh tarik nafas lega sikit sebab paper OENT, ARAB & MMN dah lepas . Coming soon is paper PWW, DAV, ACCOUNT, AKPK . Gilo deh....aku takut paper account isnin ni. Walaupun gaps lama dan banyak masa untuk study tapi aku yakin aku takkan mula study awai2 sebab memang aku & the geng punya style study last minutes pastu barulah nak kelam kabut masa malam sebelum exam.  HAHA. ! Harap semuanya senang2 belaka lah deh. Insha Allah... Final ni soalan senang je . XD


08/11/2013 - Jumaat 

Tarikh ni sebenarnya tarikh rasmi aku dan si dia couple. Tapi boleh pulak aku lupa dan abaikan.....ceit ! Dia pon sama mana nak ingat. Baru hari ni aku menyedarinya betapa tak gunanya aku. -.- Tapi sebenarnya dia sendiri cakap.... tarikh tu tak penting . Tarikh yang betul2 penting bagi dia masa waktu perkenalan. Pertengahan bulan Julai. Waktu aku tak tahu dia sebenarnya secret admirer aku yang dah lama perhatikan aku sejak awal masuk KPTM. kahkahkah....comel sangat deh .. Dia tersangatlah pemalu, nak tegur pun tak berani . Sweetnya waktu tu....waktu aku tak tau siapa sebenarnya yang bagi gift berisi bunga dan bear kecik dan secebis nota tulisan berlingkaran XDD. Puas aku investigate siapa dan siapa manusia tak bernama nih . Rupanya2 budak satu kelas dengan aku. Sweetnya...aku rindu ketika aku semester 1 . Waktu kami hanya bermain mata dan bermesej . LOL !! 

Couple

Aku lamar dia. AKU . Tak caya ? Ya....aku lamar dia. Sebab aku dah tolak lamaran dia 3 kali. Dan sepanjang aku bersama dia sebelum couple, aku nampak dia bukan macam lelaki yang aku sangka.  Dia layan aku pun macam member2 jah...tak romantik apa pun -_____-  dan sekarang pun tak romantik gak. Ahaks.. tapi takpe cara dia membuatkan aku yakin takde pompuan tu yang akan terpikat kecuali aku. 
( Aku tak suka orang terlalu romantik taik kucing ni buat semak je & geli erk...)

Dating nak release tension exam
Semalam kitaorang menghabiskan masa bersama hangout here and there~
Mula2 pegi bank teman dia buat account asb . Termasuk aku pun buat sekali. Kami keluar dalam pukul 2 lebih ...kesian ngat eh dia tak makan langsung dari pagi so we decide to eat something yang boleh mengenyangkan dlm waktu yang berpanjangan. Aku ajak dia kesini memandangkan aku tukar selera dari nak pegi makan sushi ke steamboat. Huhu... ape saje kehendak aku dia ikut je huehehe...ni yang buat aku double triple syg kat dia.
 ( gua bukan si pisau cukur yeh )
Kami ke Seoul Garden. Seee muka aku yang terlalu excited dan tak percaya makanan kat sini buffet dan boleh ambil apa saja?? Haha seriously aku excited gile sampai nak grill semua lauk yang aku ambik sampai hangit dan sampai kena marah ngn encik abang kesayangan T_T
Tekun aihhh masak. Hahaha. Sayur sedap. *tetibe*
wehuuuu tengoklah hasil tangkapan aku. Macam2 aku kaut. Tapi tak semua yang aku makan. Tuh!!! si dia yang makan . Aku penat2 susun dalam grill tu tunggu sampai masak time nak ambik tengok dah hilang . 
 =3='' 
Hahaha.. sup dah habis. Kat tempat ni ada pilihan sup . Kena pilih satu. Aku baru nak pilih tomyam, dia dah sebut dulu sejenis sup yang aku tak pernah dengar dan aku tak tau camna rupa sup tu tapi not bad sedap gak. Nama depan yang aku ingat "baby.." 

Kat Seoul Garden ni , kita masuk kena bayar dulu dan barulah boleh duduk dan ambik makanan sesukahati. 
Price for adult sekepala is RM28 . Kalau bawak kad student dapat murah sikit. Lupa lak nak bawak. Kalau tak, hmmm berjimba lah kami dapat harga student. LOL 

Gambar selepas kenyang menjamu selera. Huu...Lama gak lah kami dok dalam restoren ni untuk masak dan makan. Dalam pukul 4 ptg - 6 ptg kami dok sini. Habis je, gi tambah, habis je gi tambah. 
Tapi ade yang lagi lama duduk dari pukul berapa tah sampai kami nak keluar pun orang tu tak kuar2 lagi. Ish..kuat makan btol ! :3 
.
.
.

Lepas magrib,  tak balik lagi ! Aku beli barang kat Watson dulu.
 Thiss!!  AHA+BHA Cleanser from Hadalabo. Yeah, hada labo dah jadi sebagai product kegemaran aku.
Toner aku pakai product Clinelle. Best toner tu takde alcohol dan sangat berkesan hilangkan parut bekas jerawat! Pencuci muka ni sangat soft and tighten. Baru Day 1 pakai. Lek luu..tak nampak perubahan lagi.
Btw, ramai reviewer kata tamagohada ni sangat best tapi dia tak berkesan sangat untuk hilangkan binting hitam. Alaaa..tu jelah disadvantage barang ni. Kalau dia letak apple beads ke mesti best ! Macam pencuci muka yang aku pakai sebelum ni from Clean & Clear. 
After gelong sana sini . XD what is gelong ? aku main campur aduk je bahasa utara ngn bahasa aku. Okey lantaklah...after that, kiteorang pegi tengok wayang cite Carrie. Huahaha...best bolehlaa... rating 3.5/5 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tadaaaaa Its todayyyy muka ku yang suci lagi mulus . * muntah hijau >p* 
I apply cleanser Hadalabo aha+bha 
Toner Clinelle blemish pores 
Mosturizer 3in1 Hadalabo Perfect Gel
*bersama Ami bucuk. My anak angkat*

♥ 0 lovely notes

Light Green Production

Monday, November 4, 2013 5:29 PM ♥



Assalamualaikum ! Tadaaaa ni lah kiteorang punya video behind the scene. Full MTV pun dah upload. Boleh lah check kat youtube ye :) Kesukaran yang saya hadapi memang sangat sukar masa nak edit video . Aku terpaksa korban masa tidur, masa makan, masa hangout, masa dating semata-mata buat editing. Mesti korang akan kata ala senang je nih edit video ni, edit je la simple2 asalkan siap. Wehuuu....jenis aku tak boleh buat kerja cincai. Aku nak benda tu perfect jadi sesukar mana pun aku kena hadapi dan buat bagi yang terbaik.  Ni lah hasil penat lelah kami semua masa jalankan pengambaraan ini. 
much love ♥


Terima kasih banyak2 pada lecturer yang kami sayangi . Sir AO sebab banyak beri tunjuk ajar kat kiteorang semua. Tanpa Sir , mungkin tak jadi kot video kami nih. hihi.

♥ 0 lovely notes

Perasaan aneh

Thursday, October 24, 2013 12:38 AM ♥




Baru balik dari Kem ekplorasi Taman Negara 3h2m kat Pahang. Penat tak tau nak habaq lagumana... haha tapi tak nk cerita detail lagi. Memandangkan gambar pun takde nih . Aku kena ambik gambar2 yg dorang upload n ulaskan cerita kt blog ni.
Skrg aku cuma nak luahkan perasaan.
Perasaan yg aku sendiri keliru.
Perasaan yg aku tak tau nk gambarkan.
Perasan aneh. Mcm orang tak pernah lalui detik mcm ni.
Aku jatuh cinta. Jatuh cinta banyak kali aku jatuh dengan orang yang sama. Bila dia jauh aku cuma  perhatikan dari jauh dan buat2 tak nampak  . Bila dia dekat aku jadi mcm tak tentu arah. Mcm orang baru2 jumpa kekasih. Malu taik kucing puih!  Aku sendiri tak faham. Hati selalu berdebar2 bila berckp dgn dia. Heh..mcm first time dating.. argh! Kenapa mcm tuh!

Air mata aku selalu mengalir bila teringat dia atau aku pandang dia dlm waktu yg lama. Terasa mcm..sedih. Banyak kali aku ckp kat diri sendiri... mcm mana kalau aku tanpa dia? Mcm mana dia tanpa aku? Sape nak jaga dia kalau dia sakit, ade ke org lain yg boleh jaga dia mcm aku jaga dia ? Sape nk masak kat dia ? Seee air mata dh gugur. Hee... sensitif !  Aku terlalu sygkan dia. Aku percaya dia.  Dulu bolehlah aku cakap kalau dia nk tinggalkan aku go on je la. Tp skrg aku dh uji diri aku yg aku tak mampu nk tenangkan perasaan kalau aku tanpa dia.


* Aku rasa mcm malas nak cerita pasal kem tu . haha ! Memang tempat tu best tambah2 lagi banyak kenangan kat sana dengan kawan-kawan yang aku sayangi ! Tapi aktiviti aku bagi 7/10  sebab aku tak rasa terlalu mencabar. Aku suka teroka hutan yang tak ada orang jaga. Macam dekat Fraser Hill best ! 
Well kem waktu sekolah lagi seronok . Sebab kita diuji dengan bermacam-macam dugaan. Jumpa kakak & abang fasi yang kita tak kenal pula tu. Sumpah best waktu sekolah :( 



♥ 0 lovely notes

Moody mcm hari ini

Sunday, October 6, 2013 5:33 AM ♥


6 oct waktu pagi pukul 4.58 jam sekarang hujan. Haih...bukan aku tak boleh tidur, bukan mata ni degil tapi sengaja bersengkang mata pepagi buta ni duk menghadap lappy belajar rainmeter coding untuk desktop lappy aku.  Teruja sangat mungkin.

Petang tadi aku sedikit moody disebabkan benda kecil je yg sepatutnya tak jadi isu. Aku rasa mcm Edy marah aku. Tadi aku gelak2 tetiba2 automatik aku nak ngis. Mcm teruk sgt padahal dia bkn marah aku...tp ntah kot  dia tipu sb nak jaga hati aku ke kan. Dia cuma buat capslock je dekat im fb masa chat ngn aku. Capslock? Seriously, tersentap. Mana pnh dia buat capslock masa borak bersama . Aku tau dia marah.
Apa yg buat dia marah? Aku mula. Aku cakap member lelaki ajak lepak. Org yg dia knl juga . Tapi tujuan lain sbnrnya...aku just nak bg barang dan balik.  Hmm...Aku baru nampak skrg dia mula cemburu sangat. Tau..dia tak nak org lain  rampas hak dia. 

Ada hari yg lepas pun terjadi hati beku juga. aku jugak yg mula tapi aku letak salah tu pada dia. Tak pasal2....kesian dia ..hee..tapi aku tak kejam, aku tak ego, aku tau salah aku...dia pun tak ego. Dia mengalah dulu sebelum aku baru nak minta maaf. Silapnya cuma bateri dia habis masa tengah borak. Aku tetiba moody .  Aku suruh dia download skype dan aku tunggu sampai tengah malam pastu tetiba dia kata loading lama dan nk dw kendian. Aku moody lagi dan ayat lyn dia pun nk tak nk je. Nsib baik dia perasan.
" takpelah nak call...bateri habis...nak skype pun xdapat...."
dia balas " yelah semua salah bie...uhukk"
Tak lama tu dia call dan borak panjang. Free call umobile-umobile so xkisah... kesian dia aku tak bg dia tido even masa tgh bercakap dia dh mula merapu . Aku rindu suara dia jadi selagi aku tak puas hati aku akan borak je ngn dia even dia mamai. Kami jenis bkn selalu gayut. Seminggu sekali je tak pun 2 kali tu kira max la. Sbb tu dpt peluang gayut aku akan habiskan masa borak ngn dia. Same goes msg. Jarang.
I love you, Ted

♥ 0 lovely notes

About my kesayangan

Sunday, September 29, 2013 7:07 PM ♥


As salam ! Haiiiii Bloggers !!! Hahahaha lama gila aku tak updates . Rindunyaaaa.... haha *poyos*

Tengah bosan dan takde keje ni tetiba teringat pulak blog yang dah lama bersarang ni. Terus bukak dan taip.
Hey guys, guess what.... aku dah terlalu kemaruk sangat dengan seseorang ni. Aku tak taulah dia dah buat apa kat aku sampai aku rasa setiap saat setiap detik asyik teringat kat dia je .
Dia tu adalah pemilik hati ku, alaaaaa.....sape lagi kalau bukan dia... Dah setahun bersama dia . Baik buruk dia dan segala tingkah laku dia semua dalam genggaman aku. Hahaha! Dan aku harap dia adalah jodoh yang tepat buat aku.

Si Teddy dan juga Cactus saya itu namanya Hadhari :) 
Dialah satu-satunya lelaki yang sangat penyayang yang pernah aku kenal . That's why aku sayang dia sangat.
Apa2 masalah dia suka berkongsi cerita dengan aku . Kadang2 cerita dia tu buat aku tersentuh dan kadang2 cerita dia buat aku geram . Dia terlalu baik hati . Dia sangat tabah . Dia sangat caring terlampau -.-  

Keluar date dengan dia adalah satu-satunya perkara aku sangat suka !  Sebab setiap kali keluar mesti ada cerita baru dari dia  ( gossips ) . Mesti ada telatah dia yang akan terpahat dihati . Haha... Dia romantik kadang-kadang je . Ketika aku tak duga time tu lah dia buat aku cair macam coklat  !  Dia pandai ambil hati aku. Kadang-kadang kecilkan hati aku dengan tak sengaja . Dah lame aku tunggu saat2 dia buat hati aku terguris sebab aku dah lamaaaaa gilaaaa tak merajuk dengan dia. Hahaha jahat tak kekasih macam nie ? XD

One night, aku nak tergelak pun ada bila teringat balik. Aku tanya soalan bukan-bukan kat dia dan dia pun jawab lah satu persatu soalan aku .

" Bie, andai kata bie ade orang lain...adakah bie akan bagitau Tira? " 

" Org lain ? sape je orang tu ? "

" Sesiapa je , org yg bie minat sgt2 dan bie suka dia sgt2 dan bie nak dia sgt2......kalau bie ade dia, adakah bie akan bgtau Tira ? " 

" Mcm mana bie nak minat org lain sbb bie tak minat sesapa dah...bie minat tira ja... Bie penah minat Aynn ***** tu tapi just minat je sebab muka dia lawa bukan sebab nak kt dia..." 

" Alaaaaa....andai kata lah !  bie nak dia dan dlm waktu yg sama bie ade Tira. Mcm mne? "

" Sng2 bie kawin lah dua2 . dah!" 


" Tapi.....kalau bie ada dia dan bie nak Tira gak, Tira akan mengalah dan undur diri ... Bie takkan dapat Tira dah.." 

"Ha okey kalau macam tu bie pilih Tira -.- " 

"....."
Kesian sangat kat dia masa tu aku putar belitkan ayat ... aku saja tanya macam tu sebab aku nak tau camna respon dia . Ternyata dia jawab soalan aku tanpa berfikir dan main terus jawab je . Yang dia pilih Tira...Tira...Tira.... =.=   Hehe. Time dia pulak tanya soalan kat aku ...

" Tira sanggup hidup susah ngn bie  ? " 

" Ermm....susah senang kita bersama. Tira tak kisah sebab Tira dah berharap dekat bie" 

"Kalau ade orang yg kaya, baik pulak tu, warak , ade rumah ade kereta, tetiba masuk meminang Tira...Tira terima ke tidak ? " 

" ....... Tak " 

" Eleyhhhhh...yelatuhhhh..." 

" Ish btol lah...Klu Tira terpaksa kawin ngn orang tu pun Tira takkan dapat lupakan bie. So apa je dia buat mesti Tira akan igt bie. Boleh gila Tira klu camtu! "

" Kalau kucing ? dia tu dahlah baik..comel pulak tu "

" TAK ! Dia kawan Tira....Tak boleh anggap dia lebih dari tu "

"Okey... tapikan syg, kalaulah ade orang yang lebih baik dari bie, yang boleh jaga tira lebih baik dari bie, Tira pergilah kat orang tu tau..tau! " 

( Wooo....ni aku takleh dengaq ! air mata aku menitis tetiba ..... hinggus nak terkeluar tapi nasib baik aku lap cepat2 dengan hujung lengan baju )


Malam tu aku saja nak berjiwang-jiwang ngn dia . Yelah..lama sangat tak menangis sebab touching . Haha . gila ! Tiba-tiba kan...ternampak pondan tepi jalan dan dia terus buat pewittt!  Menggong... pondan tu pandang ke arah kami. Herrrrr.......!

Tiba-tiba...dia cakap kat aku yang dia suka sangat tengok perempuan pakai pakaian formal mcm nak pegi kerja tu. Nampak matang .  Wooo tak semena-mena aku tersentap habis ! Aku diam je dalam 5 minit tak bercakap pun ngn dia. Aku tarik muka . Touching gila....uhukkk...dia pun pandang aku dan dia baru perasan aku sedih . Puiiii ....cactus nii lambat betul respon !  Dia still cubit2 pipi aku -.-  bukan nak pujuk betul2 . Dia kata ......

"Sampai bila Tira nak pakai comel2, takkan dah tua pun nak pakai telinga pikacu lah, pakai skirt lah.."

"bukan bie tak suka dengan cara Tira berpakaian. Bie suka sebab nmpk comel. Bie teringin je nak tengok Tira lain dari yang lain bukan selamanya. Pastu nanti ubahlah balik pakai yang comel2 . okey ? "


Aku still buat muka tak puas hati.  Bukan aku tak faham maksud dia. Aku tau tapi saja aku nak tengok cara dia pujuk .  Dia byk kali minta maaf .
Dia kata "Tira...kenapa niii jgn lah merajuk camni nanti klu bie pun merajuk , dua2 tak bercakap sape nak pujuk ? "  Dia diam.
Ish......perlu ke dia pun nak merajuk ? Sibuk je!!!! Dalam hati aku berkata....kang  dia pulak yang taknak bercakap ngn aku. Kekok pulak rasa nanti . Aku dahlah tak suka pujuk lelaki. Mcm aku tak kenal cara dia. Cepat2 aku buat muka bahagia depan dia dan cakap " hehe....Tira okey je lah ! ish..."
~( =_='' )~


Tengok wayang 
Mai lah cerita apa sekalipun, dia memang tak boleh duduk diam, ade je cerita yang dia akan analisiskan -.-'' Haihh...pastu boleh pulak tanya aku apa yang jadi lepas tu macam aku ni director cite tu pulak. Hahaha...comel je ! Aku paling suka tengok cerita hantu dengan dia ! Sebab dia ni bukannya penakut, bila ada part keluar hantu aku secara automatik akan tutup mata dan dia akan tengok pastu dia akan bagitau aku muka hantu tu camna. Hahaha and the best part is....aku boleh pukul dia secara tak sengaja . XD 
Kesian Ted saya..


Tira harap hubungan ni bukan sekadar hubungan sementara. Tira nak jadi sebahagian dari hidup awak untuk selamanya. InshaAllah till jannah :)

♥ 0 lovely notes

♡