Our sweet memories never faded by times
Monday, January 7, 2013
2:05 AM ♥
Ingat tak untuk pertama kalinya kita merancang percutian yang singkat dan semuanya sangat simple.
Kat sini kita mula buat perjanjian, kita mula kenal siapa dia dan semuanya kekok sekali . Kita berempat dan keempat-empatnya sangat biasa . Mulanya aku kekok dan rasa serba salah pada Yan sebab dia nampak tak berapa ceria . Mungkin tak ada apa yang indah . Begitulah tanggapan aku, nak tegur dan berborak tapi aku tak buat sedemikian jadi terlepas peluang aku mengenali dia walaupun aku sebilik dengannya.
Gadis tu cergas, aktif dan misteri sangat bagi aku . Dia lain . Aku suka cara dia :)
Malam tu kita berpecah dengan pasangan masing-masing , aku tak tahu status korang macam mana sebenarnya aku nak juga tahu :( nak dengar cerita......tapi masing-masing senyap aku tak tahu macam mana nak mula ayat .
Selama 3 jam aku dan my E di pantai , mendengar deruan ombak walaupun gelap gelita lautan tak nampak apepon; Berbual sambil bertukar cerita dari pelbagai topic...hahaha gelak sama-sama....okey aku tak boleh lupa itu ...dan menetapkan tarikh kenangan itu paling best :)
Kita berkumpul berempat kembali tak lama kemudian, haha mereka comel dan sweet sangat. Aku rasa Yan macam cousin rapat aku . Perangai dia comel walaupun biasa je :') Oh yaaaa....kite men baling-baling selipar! Seriously cam tah papetah... tapi funnn :) Balik je bilik, tidur !
Esoknya balik sambil tu singgah kedai-kedai beli barang ~
Sejak tu, aku dah nampak perubahan . Our love is growing :)
Kcunk dengan Yan memang sweet together , aku suka gila tengok diorang ... mungkin nanti aku akan hasilkan komik tentang mereka berdua......dan....aku dengan my E ^^
Gambar ni sesuai sangat nak menggambarkan apa yang kami rasa .
Matae Desho ! (See you again)
♥ 0 lovely notes
Happy new year !!
Sunday, January 6, 2013
2:05 PM ♥
Saya sayang semua orang yang sayang saya :)
Saya hargai segala pengorbanan yang anda lakukan kerana saya :)
Saya tak akan lupa orang yang telah banyak tolong saya :)
Saya tak akan lupa setiap tali persahabatan yang telah kita jalinkan :)
-yumi-
♥ 0 lovely notes
Cuba product baru
1:09 PM ♥
Hi Salam Ahad :)
Oh yaa ni entry pertama aku untuk Januari tahun 2013 ! Haha...Masa new year aku tak pegi memane pon...sambut dalam rumah je depan tv T_T Jadi takde gambar new year yang menarik aku nak kongsi .
Aku ada satu masalah ni... geram gile dohh...semalam kan......................
Aku beli mosturizer ni . Tak pernah pakai pon sebelum ni. Bunyi macam nice je so nak try la...
Petang tu aku pakai, best~
Malam juga buat tido malam .
BARU JE TADI HARI NI AKU TENGOK KENAPA MACAM MAKIN BERTAMBAH JERAWAT NI !! TIDAKK!!!! TAK SESUAI AGAKNYA! arghhhh.......!
.
.
.
.
.
.
-.- membazir je . muka makin teruk adelah...aku dah tak tau nak pakai apa bagi hilang balik jerawat degil ni semua. Beli tu beli ni tak jadi haprak ! Atau mungkin faktor pencuci muka baru yg aku beli seminggu lepas kot. Clean & Clear jugak. Tapi sebelum ni aku guna okey je takde masalah. Oh..atau dia upgrade letak ingradient lain pulak kot dalam tu. Geez!
Atau mungkin faktor makanan. Sebenarnya aku tak boleh makan seafood. Uhukk...belacan lagi lah pantang!
Tapi nak buet lagumano hok tu makene hok aku suko ngoti.
LOL
arghh...! balik kolej baru fikir pasal mukalah. Dok rumah tak kisah pun .
Dedaa~
♥ 0 lovely notes
Day out 22 & 23 Dec :)
Thursday, December 27, 2012
5:41 PM ♥
Hi sayang-sayang saya sekalian . Peace !!!
Weekend saya penuh bermakna pada 22 dan 23 Dec lepas :)
On saturday pepagi lagi keluar sbb nak gi Comic Fiesta . Yeahh tahun ni aku pergi dengan classmate aku.
With Ina :)
With Izzy :)
And at the back, with Amir :)
`
Aku tak banyak ambik gambar cosplayer , kebanyakkan gambar yang di tangkap dari Izzy.
More photos at my fb in my album :)
-------------------------------------------------------------------------------------
Sampai rumah dalam pukul 6 pm . Pastu malam tu Mama ajak makan Pizza kat IOI dan beli barang untuk sekolah pulak.. Adehh, kaki aku tak larat dah tapi terpaksa gak ikut .
----------------------------------------------------------------------------------------
On Sunday, jyeah~! keluar pulak dengan cousins dan my aunt .
Cadangnya nak pergi PWTC kat Pesta Buku , tapi penat je bile kiteorang sampai sana event tu CANCEL rupanya! Arghh.... geram gile . So next detinasion, kiteorang pergi muzium.
With Izati, my beloved cousin :)
Ni dekat Pameran Raja Kita . Posing neh~
------------------------------------------------------------------
Dekat Muzium Negara. Actually ni memang tempat favourite aku. Aku suka baca jenis sejarah zaman dulu. Paling best sekali tempat yang ade tengkorak, kisah hidup zaman Nomad dulu..perghhh ...syok ouh!
Inilah cara orang zaman dok dalam gua. XD serius seram tengok patung ni!!
Patung belakang tu dia nak menceritakan zaman British nak menguasai tanah melayu. Eh ? Agaknya laa..
Okey more photos kat fb dalam album ~! Malas nak upload manyak2 sini .
♥ 0 lovely notes
18 Dec my first sem1 result
Wednesday, December 19, 2012
12:05 AM ♥
Alhamdullilah... Result final exam untuk semester 1 dah keluar dan aku sangat gembira :D
Mana tak gembiranya, ni result first time aku sebagai pelajar ipt. Tak sangka pulak dapat lepas dari apa yang aku target. Hehe..target tak tinggi pun, aku target pointer dalam 2.8 je tapi tak sangka pulak dapat 3.26 ! Syukur alhamdullilah boleh hembus nafas lega dah sekarang. Naik semester 2 aku nak belajar rajin-rajin bagi lepas target jugak . Aku nak dekan !! Insyallah .
*Nasib grade aku takde D . Ade 1 je C+ iaitu FOP. Yeah!! cenderung nak dapat B tuh! Fuh.. lega.
Bukak je fb tadi memang penuh budak2 kptm update status pasal result dorang. Ada yang berbunyi gembira, ada yang berbaur kecewa . Papehal pun, tu yang korang usaha itulah yang korang dapat.
Janganlah menyesal bila dapat tau result tak elok , cuba check balik dimana silapnya. Otherwise, CONGRATULATION !
--------------------------------------------------------------------------------------
Sem 2 kata senior senang :) wahh..lega aku rasa.
Hahaha teringat pulak semalam aku chat dengan my E. Tergelak-gelak aku depan lappy sensorang .Dia punya semangat nak sem 2 membara-bara tuh. Kiteorang dok cakap pasal masa depan dan dah jauh berangan berbalik pulak pada pelajaran. Nak belajar sungguh-sungguh bagi dapat markah yang terbaik :)Harap apa yang kami dok angankan bukan sekadar angan-angan dan khayalan. Nampak cam main-main tapi kiteorang serius...serius nak kejar angan-angan tu biar jadi kenyataan.
11 Jan 2013 - Aku bakal jadi senior kepada junior sem 1 . huuuhu. Gambatteh ne Yumi !
♥ 0 lovely notes
Petite Yumi
Wednesday, December 12, 2012
11:03 PM ♥
Okey !! Template dah bertukar !! Kali ni template yang aku pilih pun simple je.
Tak nak crowded sgt nanti orang nak datang bace pon serabut dan akan blahh camtu je. wuuu sedeh..
Wargghhh sakit tulang tengkuk, akibat berjam-jam dok ngedit bendalah ni ._.
-----------------------------------------------------------------------------
Dia datang balik . Yeaa dia tetibe datang balik . Mr S yg penah hadir dalam hidup aku dan pernah pergi macam tu je dan sekarang dia datang balik .
Dia tak habis-habis minta maaf kat aku atas kesalahan dia yg lalu tak jujur dengan perasaan sendiri.
Aku dah lama maafkan dia, dah lama lupakan semuanya sebab aku rasa sakit sangat perasaan tu. Tapi aku tak pernah benci dia. Jujur, aku masih sayang dia walaupun aku tahu dia dari dulu dah ada girlfriend. Dan aku tau aku ni hanya scandal. Kadang-kadang bila aku nampak diorg bersama betapa sakitnya hati aku tapi aku tak boleh nak salahkan dia atau perempuan tu sebab siapalah aku, bukan siapa-siapa..jadi aku diam saja. Ramai cakap dia playboy dan dia selalu cakap dia jahat dan dia kata aku terlalu baik sangat sebab tu dia tak boleh pilih aku. Tapi semua tu tak betul !! Aku bantah .
Haha..dia mimpi katanya sebab tu dia rasa serba salah. Agaknya apa yang aku tengah fikirkan sampai dalam mimpi dia kot . Herannya... Dari dulu sampai sekarang apa yang aku tengah fikirkan mesti tetibe orang tu muncul. ~.~
Sekarang, biarlah aku dengan dia sekadar kawan . Forever kawan ^-^
Aku tak nak digelar merampas hak orang lain. Dan aku juga dah ada orang yang aku betul-betul sayang . No curang ! Nanti terkena balik .
Terima kasih sebab banyak buat aku berubah dan bertambah kuat ! Yosh ! ( rase mcm dlm komik )
♥ 0 lovely notes
I miss you Mr. E
Sunday, November 25, 2012
12:08 AM ♥
Mood : Rajin melukis sambil mendengar lagu-lagu jazz.
Aku rindu dia. Terlalu rindu sampai aku mimpi bukan2 dah pasal dia :c
Kenapalah perasaan cemburu ni terlalu kuat dalam diri aku padahal tak ada apa-apa yang patut dicemburukan pun. Mungkin jarak jauh yang menjadi pemisah kita ini yang membuatkan aku mudah fikir bukan-bukan ... tapi aku yakin, ini semua hanyalah sementara. Sabar Atirah, bersabar.
Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu
Hubungan kita sekarang hanyalah melalui facebook/whatsapp/message dan call pun jarang-jarang sekali.
Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku
Harap yang jauh disana merasakan perasaan yang sama seperti mana yang aku rasakan.
Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu
Kat sini walaupun kita jauh, aku tak pernah rasa itu satu alasan untuk tidak bersama. Apapun aku dah sayang kau dan semuanya sebab kau yg buat aku sayangkan kau jadi jangan gatal-gatal lagi disana. ^^
Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu
♥ 0 lovely notes
♡ 














August 2010