18 Dec my first sem1 result

Wednesday, December 19, 2012 12:05 AM



 Alhamdullilah... Result final exam untuk semester 1 dah keluar dan aku sangat gembira :D
Mana tak gembiranya, ni result first time aku sebagai pelajar ipt. Tak sangka pulak dapat lepas dari apa yang aku target. Hehe..target tak tinggi pun, aku target pointer dalam 2.8 je tapi tak sangka pulak dapat 3.26 ! Syukur alhamdullilah boleh hembus nafas lega dah sekarang. Naik semester 2 aku nak belajar rajin-rajin bagi lepas target jugak . Aku nak dekan !! Insyallah .
*Nasib grade aku takde D . Ade 1 je C+  iaitu FOP. Yeah!! cenderung nak dapat B tuh!  Fuh.. lega.

Bukak je fb tadi memang penuh budak2 kptm update status pasal result dorang. Ada yang berbunyi gembira, ada yang berbaur kecewa . Papehal pun, tu yang korang usaha itulah yang korang dapat.
Janganlah menyesal bila dapat tau result tak elok , cuba check balik dimana silapnya. Otherwise, CONGRATULATION !
--------------------------------------------------------------------------------------
Sem 2 kata senior senang :) wahh..lega aku rasa.
Hahaha teringat pulak semalam aku chat dengan my E. Tergelak-gelak aku depan lappy sensorang .Dia punya semangat nak sem 2 membara-bara tuh. Kiteorang dok cakap pasal masa depan dan dah jauh berangan berbalik pulak pada pelajaran. Nak belajar sungguh-sungguh bagi dapat markah yang terbaik :)
Harap apa yang kami dok angankan bukan sekadar angan-angan dan khayalan. Nampak cam main-main tapi kiteorang serius...serius nak kejar angan-angan tu biar jadi kenyataan.



11 Jan 2013 - Aku bakal jadi senior kepada junior sem 1 . huuuhu. Gambatteh ne Yumi !


0 lovely notes

Petite Yumi

Wednesday, December 12, 2012 11:03 PM




Okey !! Template dah bertukar !! Kali ni template yang aku pilih pun simple je. 
Tak nak crowded sgt nanti orang nak datang bace pon serabut dan akan blahh camtu je. wuuu sedeh..
Wargghhh sakit tulang tengkuk, akibat berjam-jam dok ngedit bendalah ni ._. 

-----------------------------------------------------------------------------

Dia datang balik . Yeaa dia tetibe datang balik . Mr S yg penah hadir dalam hidup aku dan pernah pergi macam tu je dan sekarang dia datang balik .

Dia tak habis-habis minta maaf kat aku atas kesalahan dia yg lalu tak jujur dengan perasaan sendiri.
Aku dah lama maafkan dia, dah lama lupakan semuanya sebab aku rasa sakit sangat perasaan tu. Tapi aku tak pernah benci dia. Jujur, aku masih sayang dia walaupun aku tahu dia dari dulu dah ada girlfriend. Dan aku tau aku ni hanya scandal. Kadang-kadang bila aku nampak diorg bersama  betapa sakitnya hati aku tapi aku tak boleh nak salahkan dia atau perempuan tu sebab siapalah aku, bukan siapa-siapa..jadi aku diam saja. Ramai cakap dia playboy dan dia selalu cakap dia jahat dan dia kata aku terlalu baik sangat sebab tu dia tak boleh pilih aku. Tapi semua tu tak betul !! Aku bantah .

Haha..dia mimpi katanya sebab tu dia rasa serba salah. Agaknya apa yang aku tengah fikirkan sampai dalam mimpi dia kot . Herannya... Dari dulu sampai sekarang apa yang aku tengah fikirkan mesti tetibe orang tu muncul. ~.~

Sekarang, biarlah aku dengan dia sekadar kawan . Forever kawan ^-^
Aku tak nak digelar merampas hak orang lain. Dan aku juga dah ada orang yang aku betul-betul sayang . No curang ! Nanti terkena balik .
Terima kasih sebab banyak buat aku berubah dan bertambah kuat ! Yosh ! ( rase mcm dlm komik )





0 lovely notes

I miss you Mr. E

Sunday, November 25, 2012 12:08 AM




Mood :  Rajin melukis sambil mendengar lagu-lagu jazz.

Aku rindu dia. Terlalu rindu sampai aku mimpi bukan2 dah pasal dia :c 
Kenapalah perasaan cemburu ni terlalu kuat dalam diri aku padahal tak ada apa-apa yang patut dicemburukan pun. Mungkin jarak jauh yang menjadi pemisah kita ini yang membuatkan aku mudah fikir bukan-bukan ... tapi aku yakin, ini semua hanyalah sementara. Sabar Atirah, bersabar.

Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu
Hubungan kita sekarang hanyalah melalui facebook/whatsapp/message dan call pun jarang-jarang sekali.
Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku
Harap yang jauh disana merasakan perasaan yang sama seperti mana yang aku rasakan.

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu
Kat sini walaupun kita jauh, aku tak pernah rasa itu satu alasan untuk tidak bersama.  Apapun aku dah sayang kau dan semuanya sebab kau yg buat aku sayangkan kau jadi jangan gatal-gatal lagi disana. ^^

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu

0 lovely notes

Citam and Baby Timi

Tuesday, November 20, 2012 9:55 PM



Tadaaa....inilah anak baru si Citam. Anak first dia :) Comel jea sama macam mak dia mase baby.


Haa inilah gambar Citam masa kecik. Kepala dia segengam tangan aku je. Seiras kan ?


Tak sangka anak-anak aku cepat membesar :') Tiap2 tahun aku jadi nenek dan moyang :D

Lots of Love,
                     Atirah ,

0 lovely notes

2D1N Vacation

Sunday, November 18, 2012 6:40 PM



Hello everybody !!!! Lama aku tak update blogger ! urghh berhabuk! fuhh fuhh ~!
( tiup debu-debu dan habuk-habuk dan segala sarang lelabah yg ada )

Lihat gambar di atas . Bestnye pantai~ Rindu tempat ni  !

Malas nak cerita sebenarnya, cerita panjang sangat. Haha.  Mood blank sekarang...
Hehe just nak cakap hey kamu, yg telah curi hati saya tuu! terima kasih menerima lamaran saya ^^


|||||||||||||1140 081112 |||||||||||||
                                                                   By Atirah

0 lovely notes

Randomly

Saturday, October 13, 2012 11:00 PM


Alhamdulillah, kenyang makan malam ini. Seronok sangat bile dapat makan berjemaah satu dorm.

 <( ̄︶ ̄)> Tetiba aku terasa macam something wrong with me. Aku tak tahu lah perasaan apakah ini. Tapi aku tahu aku bakal dilamun cinta. Oh gosh??! Taknak! Ye. Mulanya memang aku reject dia. Seriously ianya terlalu cepat dan secara mengejut dan masa tu aku tak ada apa2 perasaan sikit pun takde kat dia. "Aku tak nak couple" itulah ayat aku bagitau kat dia. Dan sememangnya aku tak mahu couple,.taknak bercinta cintun bagai, belum tiba masanya.
 Tapikan nape sekarang sejak semenjak aku selalu text dia..dia pon kerap text aku dan bile call mesti banyak gile story..aku rasa dia dekat ngn aku walaupun kat kolej kiteorang tak pernah borak . Haha...antara sebab aku tak nak couple dan bercinta....

 # aku taknak terganggu sbb aku tau aku akan mudah angau. Nanti study aku pun tah kemana..
 # aku mudah sayang org. Sekali aku sayang someone memang susah aku nak lepaskan melainkan dia pijak2 aku. Aku cepat risau. Nanti aku abaikan pelajaran semata2 nak caring sangat boyfriend. Aku benci lelaki curang.
 # Contohlah lelaki tu jenis yg tak paham bahase, ni yg aku tak boleh..sikit2 nk jelous, sikit2 call, sikit2 text lepas tu kalau lambat sikit nk marah2 pastu tuduh melulu ada lelaki lain. Ini statement...90% lelaki atau perempuan memang akan jadi mcm tu kalau dh terlebih sygkan seseorang dan takut sangat pasangannya tu akan tinggalkan dia. Tak perlu kata tidak sebab aku dh ada buat kajian dan aku cukup meluat! Itulah setakat ni..

Kalau boleh aku nak hubungan yg kekal selamanya yg boleh bimbing aku ke jalan kebaikan sampai syurga bersama. Setakat couple tanpa nikah buat apa... perjalanan kita masih panjang, jodoh pun kita tak tahu kita dijodohkan dengan siapa. Tunggu masanya akan tiba. Kadang2 yaa perasaan itu hadir dgn sendirinya dan susah nak mengelak..kan? Berdoalah pada Allah agar si dia orang yg kita cinta menjadi milik kita nanti, Allah akan jagakan dia untuk kita. Insyallah jodoh tak kemana.
Jika dia adalah yg terbaik untuk kita macam2 manapun Allah akan satukan jugak . Kalau tidak, mungkin ada yg seterusnya yg terbaik utk kita.

0 lovely notes

I DONT WANT TO BE IN LOVE OR BE LOVED

Wednesday, October 10, 2012 12:54 AM


Assalamualaikum!
Yawn~ dah lama tak update blog aku ni sejak2 ade tepon baru...huu lappy dh jarang bukak.
Oh tu bkn topic sebenar yg aku nk huraikan. Aku sebenarnya....
Yaa nowdays aku agak serabut sikit ngn mcm2 hal..tapi aku akan pastikan ianya tidak bercampur aduk ngn study aku. Aku tak mau terganggu!
Ada sorang mamat  ni, aku tak faham kenapa dia suka call aku hari2 even takde benda nak cakap. Dan selalu gak aku bagitau jgnlah membazir call kalau xde benda nak ckp. Lagipun lewat malam..bagilah aku masa utk tido. Ni tidak..mcm tak faham. Geram aku. Kata nak be friend. Tapi begini ke caranya? Seriously weyh, ni bkn gaya berkawan..ni gaya mcm nak pikat seseorg. Dan jujur aku kata, aku tak suka. Aku tak berminat dan aku tak mudah terpikat . Aku tau dia baik, pandai, tapi....macam mana aku nak sukakan dia sedangkan dlm hati aku, dah notice awal2 " I DONT WANT TO BE IN LOVE OR BE LOVED"
Tolong faham. Please jgn buat aku mcm ni. Aku tak suka . 
Kalau rasa tak boleh nk berkwn biasa ngn aku better u stay away from me. Mengelaklah dari aku jika itu mampu hilangkan perasaan kau tu..



0 lovely notes