Happy 2016 !

Saturday, January 2, 2016 1:35 AM


Alhamdulillah dah masuk tahun baru 2016 ! Bermulalah alkisah baru tahun ni....demm aku dah 22 tahun feeling so old now. Banyak sebenarnya memory yang sangat bermakna pada tahun 2015. Terlalu banyak. Akan aku kenang semua memori yang indah2 tu sampai bila2. Yang tak berapa nak indah tu lama2 akan pudar sendiri dan akhirnya aku lupa ingatan pasal memori tu..erkkk...

My life ?

Demm so much fun and i'm happier girl ! Lol. Hidup aku sepanjang tahun 2015 banyak benda yg happy2 dan sangat mencabar. Itulah tahun aku melangkah ke alam dewasa sepenuhnya. Aku dah tamatkan zaman diploma dengan jayanya dan alhamdulillah my pointer dapat cgpa 3.36 !! Then lepas tamat je belajar bulan June terus aku berusaha cari kerja! Cari dan terus mencari.....dekat jobstreet berpuluh2 resume aku hantar, aku minta semua kerja berkenaan designing sebenarnya....then yang panggil interview 1 company jek. . Hmm masa nak interview tu aku tak practice apa2 pun..redah je apa yg dia nak tanya. Hahah okey sangat kekok masa interview orang tu tanya "Tell us about yourself" ....dan aku pergi cerita yang aku dulu sekolah dekat mana, kolej dekat mana, duduk dekat mana, adik beradik 3 orang zzZ ape benda tah merapu time tu....... ouh ha company tu tak tahu la nama apa tapi yg pasti dia jual produk kesihatan. Dia banyak tanya aku pasal business sebenarnya haha lepas aku bagitau yang aku ada buat kerja partime online....pergh depa berminat dan terus minta instagram kedai aku dan depa macam kagum la dengan budak ni. *ceittt*
Aku reda 1st interview aku tak dipanggil pun lagipun aku tak berharap pun dapat sebab tengok cam tak best je tempat tu. Dah la position yang aku apply tu advance sangat! 'Social web design'. Gaji 2k . Move on.........aku apply satu kerja ni dekat Maukerja. Baca dia punya description pun dah seronok haha...nak apply kena whatsapp person in charge tu je so aku whatsapp le....wkwk sepanjang dok chat2 tu rupanya2 tengah interview. Best giler interview kat whatsapp je takdelah aku nervous sangat. Tup..tup..tup dapat email dari dia suruh datang tarikh sekian sekian untuk briefing... okeylah tiba harinya aku pergi. Ada 3 orang je masa tu semua perempuan dan dua2 tu ada degree. Tetiba aku rasa rendahnya aku. Yg tengah bagi briefing tu aku ingat assistant bos ke apa rupa2nya dia la bos utk syarikat tu. Demm so young duh bos tu.
Tawaran dia menarik, ada 2 pilihan nak kerja from home atau kerja dekat office 3 hari. Tapi dia nak sorang je kerja dekat office tu. Gaji untuk 2 tawaran tu berbeza. Then lepas briefing pasal web design ni macam mana dan etc...etc.....dia suruh balik dan bagi jawapan before end of July. *masa tu pertengahan July
Aku balik dan bincang dengan parents la, esok tu aku terus bagi jawapan yg aku nak kerja dekat office! Yey then terus dia suruh masuk kerja minggu depan sebagai trainer utk 3 bulan. Simple as that?

Huhu...till now aku masih under company tu dan Alhamdulillah rezeki aku jumpa dia....and now imma happy girl ! Dia cakap dia tak pandang pun orang ada degree ke master ke, yang dia pandang orang tu boleh buat kerja atau tak. So, gaji dia tak bayar ikut diploma atau degree pun. Dari company tu kecik sampai sekarang dah besar dah aku tetap setia selagi gaji aku dibayar dan suasana yang sangat freedom. Aku ada ajak member2 sape nak kerja sekali tapi diorang ada masalah tempat tinggal dan transport pulak..hurmm dan akhirnya aku offers dekat my edy dan yeap takde interview2 pun terus dia fly ke KL dari Kedah dan masuk kerja. Cuma aku irihati sikit sebab gaji dia tinggi masa training kalah aku. Heheh *takk..jgn simpan dlm hati

Tahun ni kalau ada jodoh lagi, kita stay okey💕



0 lovely notes