Mimpi jejaka kacak

Thursday, January 31, 2013 10:33 PM


Last night I bermimpi.....watak-watak utama dalam mimpi aku tu tak kenal pun siapa tetibe je boleh masuk join bergabung dengan orang yang tak ada kena mengena pulak tuh. haha... okey camni ceritanye...

1) Ada seorang jejaka kacak, aku kenal dia dekat fb dan aku sebagai crush dia sebenarnya
*member cakap* tak taulah kesahihannya tapi serious doo hensem gila lelaki tu...(kaya plak tu) dia add aku kat fb dan adalah jugak chat sikit. heeee~!  Dia tu sebagai watak utama dalam mimpi aku .

2) Seorang gadis sangat jelita dan sangat aku kagum sebab natural beauty dia. Aku follow instragram & twitter dia . Nama dia Ayumi . Seriously memang cantik gilaa dia tu . Dia sebagai watak utama juga .
Dan yang seterusnya kawan-kawan kat Ipoh yang aku kenal....oh termasuk Baby Salmi sebagai tambahan turut masuk mimpi aku -.-

Alkisah........
Jejaka kacak tu ex kepada Ayumi . ( realiti mereka tak kenal pun)  Ayumi satu hostel dengan aku . Tiba-tiba jejaka kacak tu ajak aku keluar . Ayumi jeles dan dia pandang aku lain macam ... yelahh aku sedar aku dengan lelaki tu bagai langit dan bumi . Mereka orang berada bukan macam aku . Jejaka tu malu sebenarnya nak cakap depan-depan aku so dia minta Ayumi tolong ajak aku keluar bersama dia . =.='' Aku dah kata tak mau....
Ayumi macam ada udang disebalik batu , dia kata kat aku " Wey, dah dia ajak kuar pegi jelah! kang dia kata aku tipu pulak kalau kau kata tak nak " Aku diam .  Tak lama tu Ayumi takde...dia dah kuar ngn ex dia tu agaknya. Malam tu jejaka tu hadir ngn kereta Myvi putih hantar Ayumi pulang . Okey , muka Ayumi keluar dari kereta tu langsung tak menunjukkan dia gembira. Muka dia marah dan garang tapi comel sebab dia  cantik . haha! Dia terus masuk dorm tanpa pedulikan aku . Tetibe Salmi panggil aku dia kata lelaki tu nak jumpa kat luar sekejap . Okey aku keluar....
Siot ahhh memang hensem gila *bukan budak kptm* dia just nak bagi aku sebungkus hadiah . 0.o
Aku buka . Perfume !!!! aku dapat perfume berjenama perghhh.....tak igt jenama apa. Harga beratus gak la tengok kat kedai . Lepas lelaki tu pergi aku baru teliti perfume tu dan tetiba terlepas botol perfume tu dari gengaman aku . Pecah! Sedih........
Then Ayumi muncul dan berkata dengan nada memerli " Barang orang dah bagi bukan nak hargai...macam ni lah orang yang tak sedar diuntung ! Benda tu bukan murah, sedar sikit "  

Aku tersedar dari mimpi . Aku merengek tetibe sambil tendang-tendang hujung katil, bantal dan bear aku baling . Haha....masa tu tido kat dorm atas . Nad dan KD taktau pasal ni :p



0 lovely notes

New dorm + new class

Sunday, January 20, 2013 2:10 PM


As salam !
Hi Ipoh...i'm back. As you know, i'm a student of Diploma in Multimedia for  semester 2 .
Yey! Dah jadi senior.  Haha.. tu tak penting, yang penting sekarang subjek best belaka siot!! Ada Digital Photomedia,
Digital Illustration, Development of Multimedia.. hehe...
Best kot....banyak arts . Insyallah..semester ni aku nak dapat dekan nk jadi macam babyfox  ! 
Smlm aku mimpi, semua dapat 4flat.  Then, my parent nak bagi kete.  Wahh...!.mcm real.. harap jadi kenyataan. Amin..


0 lovely notes

Special

Wednesday, January 9, 2013 2:53 PM


11:04:08:2013
Special effect for me
-iloveyou-

0 lovely notes

Rinduuuu

2:51 PM


Aku rindu pantai  !! Rindu bunyi deruan ombak memukul pantai, Angin bersepoi-sepoi bahasa, bau air laut masin yang menyenangkan, pasir pantai yang putih bersih ! 
Ni dekat Batu Feringhi. Best sangat berjalan-jalan di Penang bersama keluarga masa cuti sekolah :)


Take a look what I caught ! Haha hidupan aneh tak tau nama apa. Memang banyak gila dekat persisiran pantai ni. Comel pulak tu bulat montel je . Hidup !! Yea hidupan ni hidup ...aku nak tau gak macam mana dia berenang eh ? 


Nak bawak balik sebenarnya XD dah siap pack dalam plastik tapi Abah pegi campak plastik tu jauh-jauh dan mama gi kutip balik sebab Mama tau tu aku yg simpan . Lols... jelly fish ke namenye ? hah i donno.

Menjamu selera dekat sini memang syok sambil menikmati angin laut. 
Hoho..dapat makan laksa sedap gile gile gile ! kuat noh bau belacan XD 

0 lovely notes

Diantara beribu cinta :)

Tuesday, January 8, 2013 7:51 AM


Kertas - Selamat Tinggal Kekasih Terbaik

Bukan bererti aku ingin kau kembali , cuma terimbas kembali siapa yang pernah singgah dihati ini dahulu , dan aku tahu siapa yang terbaik diantara mereka . Terima kasih . 

................................................................................................................................................................

Malam tadi aku merajuk dengan My E . Tapi dia macam tak perasan je , haha !
Biarkan dia , bukan aku nak sangat kena pujuk ke ape, cuma eee! berilah perhatian sini =3=
Haha....lupakan jelah aku tetibe lelebih apahal pulak kan..
Hello Band - Diantara Bintang
Nah lagu ni untuk awak , Tira rindu kamu sebenarnya ...hohoho!!

Selamat Hari Selasa :D



0 lovely notes

Our sweet memories never faded by times

Monday, January 7, 2013 2:05 AM



Ingat tak untuk pertama kalinya kita merancang percutian yang singkat dan semuanya sangat simple.
Kat sini kita mula buat perjanjian, kita mula kenal siapa dia dan semuanya kekok sekali . Kita berempat dan keempat-empatnya sangat biasa . Mulanya aku kekok dan rasa serba salah pada Yan sebab dia nampak tak berapa ceria . Mungkin tak ada apa yang indah . Begitulah tanggapan aku, nak tegur dan berborak tapi aku tak buat sedemikian jadi terlepas peluang aku mengenali dia walaupun aku sebilik dengannya. 
Gadis tu cergas, aktif dan misteri sangat bagi aku . Dia lain . Aku suka cara dia :) 

Malam tu kita berpecah dengan pasangan masing-masing , aku tak tahu status korang macam mana sebenarnya aku nak juga tahu :( nak dengar cerita......tapi masing-masing senyap aku tak tahu macam mana nak mula ayat .

Selama 3 jam aku dan my E di pantai , mendengar deruan ombak walaupun gelap gelita lautan tak nampak apepon; Berbual sambil bertukar cerita dari pelbagai topic...hahaha gelak sama-sama....okey aku tak boleh lupa itu ...dan menetapkan tarikh kenangan itu paling best :)

Kita berkumpul berempat kembali tak lama kemudian, haha mereka comel dan sweet sangat. Aku rasa Yan macam cousin rapat aku . Perangai dia comel walaupun biasa je :') Oh yaaaa....kite men baling-baling selipar! Seriously cam tah papetah... tapi funnn :)  Balik je bilik, tidur !

Esoknya balik sambil tu singgah kedai-kedai beli barang ~

Sejak tu, aku dah nampak perubahan . Our love is growing :) 
Kcunk dengan Yan memang sweet together , aku suka gila tengok diorang ... mungkin nanti aku akan hasilkan komik tentang mereka berdua......dan....aku dengan my E ^^

Gambar ni sesuai sangat nak menggambarkan apa yang kami rasa .
Matae Desho ! (See you again)






0 lovely notes

Happy new year !!

Sunday, January 6, 2013 2:05 PM




Saya sayang semua orang yang sayang saya :)
Saya hargai segala pengorbanan yang anda lakukan kerana saya :)
Saya tak akan lupa orang yang telah banyak tolong saya :)
Saya tak akan lupa setiap tali persahabatan yang telah kita jalinkan :)

-yumi-

0 lovely notes

Cuba product baru

1:09 PM


Hi Salam Ahad :) 

Oh yaa ni entry pertama aku untuk Januari tahun 2013 ! Haha...Masa new year aku tak pegi memane pon...sambut dalam rumah je depan tv T_T  Jadi takde gambar new year yang menarik aku nak kongsi .
Aku ada satu masalah ni... geram gile dohh...semalam kan......................

Aku beli mosturizer ni . Tak pernah pakai pon sebelum ni.  Bunyi macam nice je so nak try la...
Petang tu aku pakai, best~ 
Malam juga buat tido malam .

BARU JE TADI HARI NI AKU TENGOK  KENAPA MACAM MAKIN BERTAMBAH JERAWAT NI !! TIDAKK!!!! TAK SESUAI AGAKNYA! arghhhh.......!

.
.
.
.
.
.
-.- membazir je . muka makin teruk adelah...aku dah tak tau nak pakai apa bagi hilang balik jerawat degil ni semua. Beli tu beli ni tak jadi haprak ! Atau mungkin faktor pencuci muka baru yg aku beli seminggu lepas kot. Clean & Clear jugak. Tapi sebelum ni aku guna okey je takde masalah. Oh..atau dia upgrade letak ingradient lain pulak kot dalam tu. Geez!
Atau mungkin faktor makanan. Sebenarnya aku tak boleh makan seafood. Uhukk...belacan lagi lah pantang!
Tapi nak buet lagumano hok tu makene hok aku suko ngoti. 
LOL
arghh...! balik kolej baru fikir pasal mukalah. Dok rumah tak kisah pun .
Dedaa~



0 lovely notes