Sunday, July 29, 2012 2:46 PM


Aku baru bukak profile dia. Amboii, dah ada yang baru . Tahniah awak :)


Aku nak tengok pompuan tu dapat tahan tak ngn dia . Bukan nak kata aku cemburu, aku ngn dia memang dah tak ada apa2 so takde sebab aku nak cemburu .
Aku just nak cakap... HATI2 !!


Arghh...dah lama aku sabar, bila dia nak pulangkan balik duit aku -.- Serious aku perlukan duit tu sangat2, tolonglah faham ! Macam2 mana pun caranya tolong bayar balik sebab awak dah janji okey.

0 lovely notes

Happy Fasting !

Sunday, July 22, 2012 3:01 PM



Bulan Ramadhan tiba lagi .. dengan ini ,

SELAMAT BERPUASA KAWAN-KAWAN :)

- 20 July 2012 -

woots ! tak sabar nak raye wii~

0 lovely notes

KTM IPOH - KLCENTRAL

Friday, July 20, 2012 10:26 PM


Hi everybody :) I'm back !
Hehe .. Hari ni 20 July 2012 ; Jumaat ; aku balik rumah dengan menaiki train KTM ! wohoo ~ alhamdullilah akhirnya sampai ke destinasi iaitu KLCentral.

Aku bertolak dari asrama ke KTM pukul 2.30 ptg dgn menaiki teksi .
Fuhh nasib baik 4 orang dlm satu teksi , dah lah rm12 .

First time woo naik train dari Ipoh, Perak ke KL .
Teruja sangat aku ! Huhu
* Ada 2 orang budak classmate aku tak sempat naik train , RM30 = BuRn !
Aduhh rugi je dan rasa kesian la pulak , tapi nak buat macam mana , lambat tinggal sajalah.
Tak lama kemudian , pelayan datang jaja makanan . Tepat pada waktunya aku memang kelaparan waktu . Yeahh .. beli bihun ! Mahal pon mahal la sebab aku tak tahan lapar uh !

Actually , -_-'' tak sesedap yang aku bau . Tapi takpe makan sajelah~

nyang nyang~!! aku kenyang !
oh ya lupa aku punya seat 5C hehe sepatutnya duduk kat lorong tapi mase aku masuk2 tu takde orang so aku duduk kat tepi tingkap . Hehe tak lama tu station seterusnya Tanjung Malim .
Ada gadis cina duduk sebelah aku :)
-------------
Sampai di KLCentral , Abah dah menunggu :)
Yey ! Jumpa Abah ! Balik naik motor ~
.
.
.

Sayang kau jangan persoalkan siapa dihatiku
terukir dibintang tak mungkin hilang cintaku padamu :)

0 lovely notes

GUYS

Sunday, July 8, 2012 8:25 AM



6-07-2012 - Hangout time with my buddies : Arina , Hanim , Ejam , Hongki
at Sunway Pyramid

* sorry tak banyak gambar memandangkan Arina dah ade NIKON , so photo-photo banyak dalam kamera dia je lah . hihi

More photos at ARINA's fb



Malam pulak aku pergi Pizza Hut jap bukan nak pegi makan au , haha saje nak jenguk tempat kerja aku dan kawan-kawan kat sana :)

Yeyey ~ dapat makan chicken soup & soft drink pepsi ~

Takde perubahan ape2 pun -.-'' still a same staff & still a same situation !

Sebelum aku balik tu tiba2 aku nampak pameran rumah kecil2 kat depan giant . Perghhh...aku suka bebenor tengok rumah2 yg ade katil kecik ni .. haha macam dulu2 kalau nampak je pameran macam ni mesti aku koya lama2 , andaiku tinggal disini =w= haha .

0 lovely notes

bace ni awak :(

12:55 AM


Betul lah kata orang kita tak boleh percaya sangat kat teman . Tak kira siapa dia pada kita , Boyfriend/Girlfriend atau kawan baik sekalipun ! Baru aku terasa bodohnya diri ini dah termakan semua janji-janji 'sementara' si dia . Tapi aku masih tetap boleh bersabar sebab aku dah biasa dengan semua ni .

Dia , boleh dikatakan separuh dari hati ni aku sayang gila kat dia . Aku tak tau dari mana datangnya punca kiteorang jadi renggang . Aku tak pernah curang pun , tak pernah miss texting dia . Kalau time dia takde kredit bila aku ade kredit lebih sikit aku share . Tak pernah berkira pun!
Dari mana silap aku ? Dia je yg jarang text aku , ye aku faham dia sangat busy dan penat dengan trainning bola tiap-tiap hari tapi kenapa dulu benda tu tak pernah jadi alasan pun ?


Kalau awak betul-betul sayang saya , sampai mati awak takkan tinggalkan saya dan awak akan berpegang pada janji yg awak dah lafaz kat saya . Tapi awak bohongkan ? heh... sia-sia je saya percaya bulat-bulat kata-kata awak . Saya bukan nak berdendam , tapi ni benda yg saya tak puas hati . Saya ingat lagi , time mula2 awak nak berkenalan ngn saya bukan main lagi awak.. selalu text , call , chat .. awak mintak couple ngn saya pun proper je . Saya sangat hargai tu . Tapi kenapa time nak breakup ngn saya awak tak serius pun ? Awak cuma bagi saya satu message sederhana je . Last sentence SELAMAT TINGGAL . Senang je kan awak buat saya macam ni .
Saya tak pernah ganggu awak pun tau . Selalu ke saya call awak banyak kali ? Tak kan ? Kenapa dlm message awak cakap camtu ?
.. Ouh okey mungkin awak ingat saya dah ada orang lain, mungkin awak ingat saya dah tak sayang awak sebab tu awak putuskan hubungan kita . Mungkin juga awak beranggapan saya dah tak text awak , bererti saya dah lupakan awak ?
Saya nak awak tahu , saya buat macam tu sebab saya sendiri nak tengok perubahan awak . Saya nak awak prihatin kat saya, saya nak awak yg dulu yg selalu ambil berat terhadap saya, yang selalu berkongsi cerita kalau awak ada cerita best pada hari itu . Tapi semua tu dah takde pada awak . Saya perasan bila saya call awak je kan mesti awak ada alasan :') Angkat sekejap then cakap sikit je tak lama tu awak kata nak tolong umi lah , nak layan sedara lah , nak makan jap lah .. :( Tu semua baru2 ni je alasan yg awak pakai . Dulu takde pun macam tu ? Klu awak nak jumpa member pun mesti awak tangguhkan sekejap semata-mata nak bercakap ngn saya dulu.
Kenapa nak mengelak ? Apa alasan awak ? Awak dah tak suka saya ye ? Kenapa ? Banyak benda tau saya fikir tapi awak tak pernah bagitahu . Kenapa eh ? takut saya terluka ke ? Jangan risaulah awak kenalkan saya macam mana ... saya open je , terima apa saja dengan terbuka .
Please la afiq aiman .




0 lovely notes