Aku menyayangimu sentiasa :)
Friday, January 20, 2012
11:42 AM ♥
Tak lama kemudian mimpi ku menjadi kenyataan . Aku berhasil dapatkanmu .
Agak janggal pertama kali menyentuhmu. Aku cuba untuk membiasakan diri denganmu.
Lama kelamaan , Aku mulai memahamimu . Banyak perkara tentangmu yang perlu aku tahu.
Kamu banyak kelebihan selain dari cantik . Tapi kamu juga mempunyai sedikit kekurangan tapi tidak mengapa, kamu telah menambat hatiku untuk terus setia denganmu.
Selang beberapa bulan kamu tidak seperti dulu, kamu tidak aktif. Keadaanmu suram.
Rupa-rupanya kamu jatuh sakit. Aku sangat risau. Terus aku baw
a kamu ke klinik dan doktor terus memeriksamu. Kata doktor , organ dalaman kamu tidak stabil dan perlu diubati segera . Tetapi waktu itu aku tidak mempunyai wang untuk membiayai rawatan kamu.
Terus aku bawa kamu balik ke rumah dan berehat panjang .
Aku cuba menjagamu dengan baik tetapi keadaanmu semakin parah sehinggalah kamu koma tidak sedarkan diri .
Agak lama juga kamu koma tetapi aku tetap bersabar menantimu. Maafkan aku ...
semasa ketiadaanmu disisiku, aku telah berlaku curang.....aku telah mencari penggantimu untuk menemani hari-hari ku seharian.
Dengan pertolongan ayahku, kamu dibawa juga ke klinik . Segala pembiayaan ditanggung oleh ayah. Kamu dimasukkan ke wad selama tiga hari . Aku tetap sabar menantimu juga dengan harapan kamu kembali sihat aktif seperti dahulu :)
Kini aku telah kembali bersamamu. Kamu dah sihat dan aku sangat gembira. Walaubagaimanapun, aku sentiasa pastikan kamu dalam keadaan baik dan menjagamu dengan sempurna.


♥ 0 lovely notes

